Sunday, February 11, 2018

Cinta Tanpa Syarat..


Cinta tanpa syarat ini sangatlah layak ditujukan kepada mak abah kita, ummi abi awak, ibu ayah korang yang selalu sayang dan kasih kan kita tanpa mengharapkan apa jua balasan dari kita yg kdg tak faham bahasa ni. uhuhk2..

Alkisahnya tadi, mase tengah minum coklat panas dgn sang suami ,tiba2 abah hantar whatsapp katanya tak dapat datang rumah kita cuti raya cina nanti.  Dalam hati ni dok bisik yelah tak apa, nak buat macam mana kan..Tapi tetibe kenapa bergenang je air mata ni, mata pun rasa panas..sebak.. nak nangis! Akhirnyaaa kalah juga dgn air mata ni. Sedihnyaaa mak abah tak dapat datang, Rasa mcm mak abah tak jadi datang asrama time kite studyy dulu. Tak sangka pula dah kawen ni perasaan sama jugaaa macam tu... Mira RINDUUU! T_T

Walau sang suami gigih memujuk..tapi tetap hati ini terasa bagai ditusuk sembilu bisa...pedihnya entah bila akan berhenti.."haah ni lirik lagu..sila sambung..huhuh"

Rasa mcm still anak kecil yang perlukan mak abah disisi. Kerana pelukan mak abah itu lah suatu ketenangan, ispirasi, dan mendamaikan hati yang galau..fikiran yang runsing...Entah tak dapat membayangkan hidup tanpa mak abah disisi..Allah...

Mak abah lah yang setia memberi cinta ,kasih,perlindungan yang tak berbelah bagi..Cintanyaa tanpa syarat dan tujuan. Cintanya ikhlas yang mampu ku lihat dari matanya, kedutan diwajahnya, uban di rambutnyaa dan senyuman yang sentiasa manis dalam sepanjang hidupku..Ku sayangmereka bagai separuh dari nyawaku..Kerana mereka guruku..dari Aliff baaa taaa sampai ku lanncar al quran. Dari Abc hinggaku pandai mengarang rasa yg tersimpan..

Semoga Tuhan sentiasa memberkati Mak Abah..Insan yg sgt ku sayang. Yang selalu mencintaiku...tanpa syarat....

Tuesday, October 10, 2017

Setahun Dua Bulan..



Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah setahun 2 bulan rupanya usia perkahwinan ini.
Sekian lama tak update blog, entah apa mimpi hari ni rajin pula menaip. huhu

13 ogos 2016 aku bernikah dengan seorang lelaki yg amat ku kagumi. Bagaikan mimpi bila teringat kembali. Setiap suka duka, manis dan tawa tercatat dalam memori ..Kadang mcm tak percaya. Eh isteri org dah rupanya aku ni. Huhu

Alhmdulillah..dalam masa setahun 2 bulan ni, aku jalani kehidupan berumahtangga ini dgn penuh cabaran dan manisan. Segalanya mengajar aku erti matang dalam kehidupan. Tangis tawa, suka duka segalanya adalah pengalaman.

Aku akui...Menjadi seorang isteri yang solehah, mithali kadang kala bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang kita ego, kadang rajuk menerpa, kadang tarik muka, kadang taknak bersapa,,haha mngadaaaaa,, Sebagai isteri, Kita perlu jaga makan pakainya, perlu jaga tutur kata, perlu jaga hartanya dan segalanya harus dijaga.. Barulah solehah namanya... tapiiiiiiiii bkn sng..sbb kita ni kdg cuma manusia biasa je, tak lepas dari salahdan dosa...soryyyyyyy suamiku sayang.. ;p

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah.. aku jalani kehidupan ini dgn penuh rasa bahagia dan cinta. Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ini hinga ke syurgaaaa.. Ameenn. Aku doakan jua semua kawan2ku temui pasangan yg soleh dan solehah dan bahagia hingga ke jannah...Ameeennn ya Allah..

Wednesday, August 24, 2016

Aku jatuh cinta lagi..




Aku mudah jatuh hati.. Aku mudah jatuh cinta. Aku senang jatuh sayang. Hatiku jatuh sudah terjatuh buatMu..

Hari tu aku jatuh hati. Hari yang itu hati ku tersentuh. Hari ini aku jatuh cinta lagi. Sejak akhir-akhir ni, aku sering jatuh kasih & sayang pada seseorang..

Haisyhh..mudahnya aku jatuh cinta..

Rasullullah saw bersabda :
"Demi ALLAH yang jiwaku berada dalam tanganNya, tidak lah beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendirinya"

Punca aku jatuh cinta ini kerana aku suka curi-curi merenung, memerhati dan meneliti perlakuan seseorang. Sesungguhnya orang yang baik-baik memang tidak sukar untuk membuatkan sesiapa pun untuk jatuh cinta kepadanya. Orang yang baik memang senang untuk membuatkan sesiapa pun jatuh hati padanya. Siapa yang tidak jatuh hati kepada orang yang baik kan?

Malah akhlak Rasullullah saw yang sangat-sangat baik itu antara faktor utama yang menyebabkan orang-orang disekeliling baginda jatuh cinta kepada Allah dan menganuti agama Islam.


Siapa yang tidak suka dengan orang yang berakhlak mulia, lemah lembut, pemalu, baik hati dan jujur serta santun tutur kata, penampilan dan perbuatan. Bila kita tengok orang yang baik-baik ni hati kita akan rasa tenang, sejuk jiwa kita tatkala mendengar tutu katanya, rasa seronok bertemu dengannya. Subhanallah..


Jatuh cinta dengan iman mereka. Jatuh hati dengan ibadah mereka. Jatuh sayang dengan akhlak mereka. Lalu gunakan semua yang baik-baik itu sebagai teladan diri.

Lihat akhlak mereka untuk menjadikan diri lebih berakhlak, lihat kesopanan mereka untuk menjadikan diri lebih bersopan santun, Lihat malu mereka menjadikan diri lebih pemalu, Lihat kelembutan mereka untuk menjadi lemah lembut..

Aku percaya. Jauh disudut hati kita semua, mesti berhasrat untuk menjadi orang yang baik dan menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari..

********************************************************

Bukankah lebih indah, jika bukan hanya kita yang hanya jatuh cinta dengan kebaikan orang lain, bahkan orang lain juga jatuh cinta kepada Allah dan Rasullullah kerana akhlak yang kita tonjolkan. ^^

Sunday, August 30, 2015

BOYS vs GIRLS

"BOYS ARE JUST LIKE THAT"

THE TRUTH :

If you TREAT him nicely he says you are IN LOVE with him.

If you don't, he says you are PROUD

If you ARGUE with him, he says you are STUBBORN.
If you keep QUIET, he says you have no BRAINS.

If you are SMARTER than him, he will lose FACE
If he is smarter then you, he thinks he is GREAT


If you don't love him , he tries to POSSES you♥
If you love him, he will try to LEAVE you♥  typically true ?

If you tell him your PROBLEM , he says you are TROUBLESOME.
If you don't he says that you don't TRUST him
(I Might say ..... )

If you break your PROMISE you cannot be TRUSTED
If he BREAKS his he is FORCED to do so.

If he SMOKES he is a GENTLEMAN. 
(ERRRRR. haram is haram ;))

If you do WELL in your exams he says its your LUCK.
If he does well its his BRAINS

If you hurt him you are CRUEL.
If he hurts you , you are too SENSITIVE.


sadly but there is no way to win.....

Precious moment..


HOHOHOHOHO.  Tadi takda keje buka lah yang bahagian draft ni. Atototo comelnyaa baca post2 yang tak sempat kita publish. Yang ni post 3 tahun lepas punya, tapi kita tak publish. Tak sempat habiskan pun. Rasanya ni post masa nak berhenti kerja dekat Pendidikan Al Ansar kat taman melawati. Hahaha kelakar baca balik, Teringat pula kenangan dekat pusat pendidikan tu.

Dekat situ memang penat. Cuti hari Sabtu je. Mengajar dari budak tadika sampai darjah 6. Ajar pendidikan Agama je. Mcam Tauhid, Feqh, n sewaktu dengannya. Dengan jadi akauntan tak bertauliahnya lagi. Hahaha. Tapi yang bestnya kalau ada program pasal palestin ke kat stadium shah alam tu mmg rajin pergi dengan Hajar. Pastu berjalan je keje nya.  Konon stress gitew. Main ice skatting bagai. Jatuh tu takyah cakap. Yang penting heaven. Hahaha.

Tapi masa kat sana mmg best bila kita ada kawan yang rajin ajak pegi apa shj tempat usrah, ceramah , tazkirah n etc. Ingt lagi dengan kawan kita, sama2 mohon nak pegi Mesir. Tapi bila dah dapat. Mak Abah pula tak bagi. Emm takda rezeki. Lagipun redha mak abah lagi penting kan..Apapun seronok betul dgn diorg.. Siyesly, hati kita akan hidup walau sibuk mana pun kita. Tapi tulahh.. lama dah tak pegi sana. Dah tercampak kat bumi jb ni. Hmm..kadang kita rasa iman kita lagi terjaga bila duduk muar atau kL berbnding Jb ni. Memang lah kita tak boleh salah kan tempat. Apatah lagi dekat JB ni tempat kita menuntut ilmu. Tapi kat sinilah banyak pahitnya dari manisnya. Cepatlah habis belajar.. Tak sabar sangat nak keluar dari bumi Jb ni. Tak sabar nak berhijrah. Sambung degree.

Nak jadi macam kak nadia. Dah kawen pun nak sambung master lagi. Nak jugak macam tu. Late is better than never kan. Sampai mati pun kita tak akan habis belajar. Congrates kak! Hah! yang post kat bawah ni, post yg tersimpan dekat draft 3 tahun lepas.. Sekarang ni i nak main throwback jee! Hahhaa :D



**************************************************************************
Emm, tinggal berapa hari je lagi pergi dari sini. Nanti tak dapat dengar lagi celoteh2 diorang ni yang kadang2 mengugat kesabaran..huhu

Dah tak ada lagi kata-kata ini..
"Cikgu2! darius cubit saya!"...
"Cikgu2! Dia tak nak kawan dengan saya!" ...
"Cikgu2! dia ambik pensel saya!"
"Cikgu!....saya tak nak exam...!"

Memang kadang2 rasa stress je dengan diorang ni.. tapi bila tiba saat2 nak berhenti ni, rasa sayang pula..rasa rindu..hm..

Friday, August 28, 2015



"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Kak Chik tak seronok!

Assalamualaikum blog ku! Lama tak bebel kat belogg ni. Mehler kita bebel ya! hehe

Dah 2 minggu kita tak balik rumah. So bila lama tak balik tu, rindu dia lain mcm sikit. Sedih pun ada.. Sedangkan baru dua minggu..kehhhh ngadaaa!
Bila balik ni, siapa lagi tujuan utama untuk dipeluk cium buli n gusti kalau bukan dengan Rayyan. Rinduuuu sgt!

Tapi yang sedihnya, baru balik semalam, tapi pagi ni dia pegi Kl pula ikut mak. Haihhhh belum habis lagi rindu ni tau. Kita cakaplah kat si Rayyan ni..
 " Siapa nak teman kak chik tido malam ni? "
"Alaaaa..kak chik ikutlah Rayyan pegi KL"
   "Tapi esok kak chik dah balik kolej...Rayyan teman lah kak chik kat rumah.."

Pahtuuu dia balas..
 " Nak ikut g KL, Kak chik tak seronok!" pastu dia terus peluk bantal kira protes lahh sebab kakak dia macam tak kasi ikut mak g KL.

Actually, hati ni tersentaap lah juga..hehe.. sampai hati adik akk cakap mcm tu.. Tapi pahtu kita geletek lah dia sampai sempot.... sampailah budak kecik tu tido malam tadi sebab penat.

Ceritanya kat sini...
Malam tu muhasabah lah diri ni, Entah pukul berapa tido. Lama fikir, yaa budak kecik tak menipu.
sampai berkata-kata dalam hati....

"ADIKkU SAYANG, akak sedar akak memang tak mampu nak buat orang ketawa sampai kering gusi. Akak tak pandai nak buat lawak. Akak pun tak pandai nak cari idea untuk berjenaka sampai awak ketawa and tersenyum selalu. Akak tak mahir tentang itu. Akak tak macam kak ngah. Akak mungkin membosankan. Tapi Rayyan.. Suatu masa nanti..awak akan sedar dan bacalah coretan akak ni kalau suatu saat nanti awak dah mula memahami..

Awak hadir sebagai penyeri dalam hidup mak abah, abg long, kak ngah and akak. Awak tahu tak, akak excited sangat sebab ada adik masa akak form 4. Sejujurnya akak bersyukur sangat adanya awak. Dari form 4, akak dah belajar cara mandikan baby, salin pampers awak, cuci berak kencing awak. Tidurkan awak. Kadang sampai gaduh2 dengan kak nadia giliran siapa nak cucikan najis awak tu. Hahhaha, Setiap tahun yang berlalu sangat bermakna untuk akak dan awak semakin besar. Dari merangkak, awak belajar berjalan..Kemudian dah pandai berlari. Dan dah pandai main sembunyi2 dgn akak. dari awak baby, sejujurnya kak ngah n kak chik yang banyak jaga awak. Tidur malam awak pun kat bilik kami, sbb mak dah tua. Kami taknak mak selalu berjaga kalau adik akk syg ni menangis malam2 minta susu. Kalau pegi travel mana2 pun, akak dengan kak ngah lah salinkan pampers awak, mandikan awak dengan RnR (perhentian kat mana2)

Akak ingat lagi, masa tu dekat Langkawi, time syok2 cari shopping coklat kat kedai, awak minta akak dukung awak.. Sebab awak penat nak jalan. Lepas akak dukung tu..Awak terus kencing kat baju akak.. Patutlah panas je baju akk. Rupanya dah basah lukus! Hahahaha. Dahlah time tu dekat tengah2 bandar. RAYYAN2..Tapi sikit pun akak tak cubit awak. biasalah budak2. Pastu kencing malam kat katil tu takyah cakaplahhh...Hahahahha.. selalu!

Lepastu kerja awak sampai SEKARANG adalah taburkan bedak. huhu. Entah bila nak insaf tak tahu lah bila yer. Awak suka tabur kat lantai. Akak mesti cepat2 sapu, sebab taknak mak nampak, nanti teruk awak kena rotan. Akak rasa akak orang yg garang,cuma tak reti bab pukul2 ni. akak fikir kalau mak dengan kak ngah dah garang ..Biarlah yang lembutnya akak. Nanti stress awak nanti.

Masa awak baby, selalu jugak baju akk jadi mangsa muntah awak. HAHAHA. sangat tabah yer time tu. Dah besar ni pun sama, hari tu awak muntah banyak sangat dengan bilik sembahyang. Dah lah bilik tu bilik feberet akak lepak sorang2. Sebab kalau solat kat bilik, khusyuknya kurang.. Time tu memang sabar jelaaa.. Lagipun awak makan banyak sangat kan, dah muntah nak buat macam mana. Huhuhu. Pahtu malam2 nak buang air, awak kejut akak teman ke bilik air. Kalau awak nak tahu, ekceli akk dulu penakut tau g bilik air malam2 mesti ajak kawan teman. Tapi sebab awak, akak belajar jadi berani. Hehehehe.

Rayyan, tahun depan awak dah darjah satu. Sedih, happy, sebab adik akak makin membesar. Dari awak lah akak belajar jadi seorang ibu. Akak puas ada pengalaman semua tu dan akak seronok sangat ada budak kecik kat rumah. Dulu kalau balik rumah.. akak mesti cakap dengan awak "Rayyannn..janganlah cepat besar! Hhahahaha' Tapi makin cepat pulak dia membesar. HEHEHE.

Bila balik rumah, akak selalunya cari dulu coklat ke mainan ke paling tidak pun air kotak dekat kedai. Sebab kompemmmm sangat kalau akak balik mesti awak check beg akak, ada jajan tak? Hhahaha. So one time tu, akak memang tak bawak balik jajan. Nampak betul muka masam dia. hahaha. sejak tu akak mesti belikan kalau balik muar. Paling tidak pun Choki2 dua batang. huhu Rayyan2.. :)

Dan hari ni...
Adik akak kata, akak tak seronok. Akak tak amik hati dik Cuma terfikir. Ya, personaliti diri akak memang tak mampu menyeronokkan and bahagiakan orang. Tapi awak nak tahu, dulu pun ada en diri akak macam tu, Tapi akak tak patah semangat. Akak selalu memperbaiki diri dan akhlak. Akak selalu didik diri positif, qowiy, berlapang dada, bersngka baik. Akak muhasabah diri. Tak mengapa jika orang tak hargai kita. Hidup mati akak akan jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain. Tak mengapa, kerana segala budi atau kebaikan yang kita buat di dunia ini, semuanya dipandang Allah.. Nanti awka dah besar, awak akan lihat dunia ni. Macam2 ragamnya. Akak harap awak jadi anak soleh, pemuda soleh. Ingat dik.. jangan sakiti wanita. Kalau tak mahu mak, kak ngah, kak chik, isteri awak atau awak sendiri yang tersakiti..

Doakan akak dik. Jadi anak solehah untuk mak abah. Jadi hamba ALLAH yang taat dan bertqawa. Banyak khilaf akak kat dunia ni. Moga akak selalu perbaiki diri dan akhlak akak untuk jadi wanita solehah. moga ujian semalam mnjadi batu loncatan untuk akak lebih berjaya. Akak syg adik akak. Sampai mati pun, takda sapa boleh jaga awak.. Akak selalu ada untuk jaga awak kay, No worrries kerana Allah ada..selalu ada..

Tujuan akak sebenarnya conteng semua ni. Sebab trfikir dengan kata2 awak. Hhehehe. Love youu rayyan!!