Wednesday, August 24, 2016

Aku jatuh cinta lagi..




Aku mudah jatuh hati.. Aku mudah jatuh cinta. Aku senang jatuh sayang. Hatiku jatuh sudah terjatuh buatMu..

Hari tu aku jatuh hati. Hari yang itu hati ku tersentuh. Hari ini aku jatuh cinta lagi. Sejak akhir-akhir ni, aku sering jatuh kasih & sayang pada seseorang..

Haisyhh..mudahnya aku jatuh cinta..

Rasullullah saw bersabda :
"Demi ALLAH yang jiwaku berada dalam tanganNya, tidak lah beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendirinya"

Punca aku jatuh cinta ini kerana aku suka curi-curi merenung, memerhati dan meneliti perlakuan seseorang. Sesungguhnya orang yang baik-baik memang tidak sukar untuk membuatkan sesiapa pun untuk jatuh cinta kepadanya. Orang yang baik memang senang untuk membuatkan sesiapa pun jatuh hati padanya. Siapa yang tidak jatuh hati kepada orang yang baik kan?

Malah akhlak Rasullullah saw yang sangat-sangat baik itu antara faktor utama yang menyebabkan orang-orang disekeliling baginda jatuh cinta kepada Allah dan menganuti agama Islam.


Siapa yang tidak suka dengan orang yang berakhlak mulia, lemah lembut, pemalu, baik hati dan jujur serta santun tutur kata, penampilan dan perbuatan. Bila kita tengok orang yang baik-baik ni hati kita akan rasa tenang, sejuk jiwa kita tatkala mendengar tutu katanya, rasa seronok bertemu dengannya. Subhanallah..


Jatuh cinta dengan iman mereka. Jatuh hati dengan ibadah mereka. Jatuh sayang dengan akhlak mereka. Lalu gunakan semua yang baik-baik itu sebagai teladan diri.

Lihat akhlak mereka untuk menjadikan diri lebih berakhlak, lihat kesopanan mereka untuk menjadikan diri lebih bersopan santun, Lihat malu mereka menjadikan diri lebih pemalu, Lihat kelembutan mereka untuk menjadi lemah lembut..

Aku percaya. Jauh disudut hati kita semua, mesti berhasrat untuk menjadi orang yang baik dan menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari..

********************************************************

Bukankah lebih indah, jika bukan hanya kita yang hanya jatuh cinta dengan kebaikan orang lain, bahkan orang lain juga jatuh cinta kepada Allah dan Rasullullah kerana akhlak yang kita tonjolkan. ^^