Monday, November 15, 2010

Opick - Rapuh




Maafkanlah..bila hati tak sempurna mencintai-Mu...

Saturday, November 6, 2010

Muhasabah Cinta

sabarlah...




When you all alone in this world...
And there's nobody to count your tears...
Just remember, no matter where you are..
Allah knows,Allah knows......

renungkan dan selamat beramal

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :"Jika salah seorang daripada kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri "

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu shj, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya....


1. Berwuduk

Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.


2. Perut tidak terlalu kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anada cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah susah untuk bangun.


3. Mengingati kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara2 yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan atau perbuatan mungkar berazamlah untuk berubah dan beristughfar lah memohon ampun darpda Allah.


4.Membaca doa dan surah tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah2 yang tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasullullah sering mengamalkan surah 3 al-Ikhlas, al-falaq dan al-Nas dan kemudian dihembuskan kepada kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya dimana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda diulang sebanyak 3 kali berturut-turut.


5. Berazam untuk bangun awal


Anda juga digalakkan untuk membaca surah al-Kausar 3 kali sambil berniat didalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh,


6. Bangun pagi

Setelah berjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kamu dan sesudah mematikan kami. Kepadanya kami akan dibangkitkan". ;)

Friday, November 5, 2010

~ DOA C.I.N.T.A ~

"Ya Allah, kurniakanlah untukku cintaMu,
Cinta orang-orang yang mencintaiMu
serta cinta yang dapat mendekatkan kepada cintaMu..

"Ya Allah, segala pemberianMu yang aku sayangi,
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu,
Segala yang Engkau pisahkan dariku,
Sedangkan ia sangat ku sayangi,
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku...

"Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Berbanding cintaku kepada
keluarga,harta dan air yang dingin ketika dahaga...

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mencintaMu
Para malaikat, Nabi-nabiMu & hamba-hambaMu yang soleh...


~Tiada cinta yang lebih indah dan suci selain cintaMu~

Thursday, October 7, 2010

6 perkara??


Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

*Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat..
*Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya didalam maksiat
*Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung didalam al-Quran
*Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar didalam bulan Ramadhan
*Allak=h SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama didalam solat (yg 5 waktu)
*Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)hari kiamat didalam semua hari..

~semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini~

Monday, September 6, 2010

hujan adalah rahmat




Bismillahirrahmanirrahim.. ;)
Em,hari ni kite nk ulas sikit tentang hujan?oke?..
tapi ukan hujan yg pnyanyi tue...tue hujan lain...ana nak cite pasal hujan adalah rahmat..
setuju?kompem setuju.. ;) hehe

Bila langit mula mendung,kekadang kita mula lah terdengar bebelan
orang2 disekeliling kite nie "Cuaca BURUK la hari ni"...Lagi 1,berapa ramai dalam kalangan kita
yang mngeluh bila hujan?

"Ish!!tak kering la baju aku kalau asik hujan jerr"
"Alahai,,hujan lagi"
"Tiap-tiap hari hujan,susah la mcm nie"
"Payah nak buat apa2 time hujan"

]'
Bukankah bebelan2 itu lebih baik digantikan
dengan doa?

'Allahumma syaiyiban nafi'a '
ERTINYA : Ya Allah ,Ya Tuhan kami,jadikanlah hujan ini
bermanfaat buat kami.

Hakikatnya hujan itu adalah rahmat ;)

"Dan Dialah ALLAH yang mnghantarkan
angin sebagia berita yg mngembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan),hingga
apabila angin itu membawa awan mendung,Kami halakan dia ke negeri yg mati (ke daerah yg kering kontang) , lalu kami turunkn hujan dgn awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu dgn berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula kami mengeluarkan
(menghidupkan semula) orang2 yg telah mati,supaya kamu beringat (mengambil pengajaran
drpdnya)
( al-A'raf : 57 )



Lagi satu,knp ye orang selalu bad mood bila hujan??

"Hujan tak mendung nie,tiba2 je muram"
Macam biasa dengar macam nie kn? Seolah-olah sinonim sngguh hujan dgn suasana
muram/xbez..Kesian hujan.,,

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkn untuk umat manusia.
Sebab itu ,Nabi pun pesan,bila hujan turun doa mustajab.

"Maka kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"
( al-Qamar : 11 )
Maka BERDOALAH moga hari ini lebih baik dari semalam...

Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu2 fardhu ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang
kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yang bermaksud

"Dan kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan tertentu,serta Kami
tempatkan dia tersimpan di bumi, dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkanya
(al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya ALLAH turunkan hujan
ADA SUKATAN.Baru kita tau,bahawa Allah turunkn hujan lebat kepada kita sekarang ini
ada sebabnya,ada sukatannya.Kemudian, air itu disimpan di bumi. Selama mana?itu semua
rahsia ALLAH..

"Dan Kami hantarkan angin sebagai
pembawa air dan pemindah benih,maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit,
kemudian Kami berikan kamu meminumnya dan bukanlah kamu (yang berkuasa menurunkannya ) atau menyimpannya."
(al-Hijr : 22)

"Dan ALLAH jualah yang mengetahui
rahsia langit dan bumi dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah
akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah) Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa
yang kamu lakukan"
(Surah Hud : 123)

wassalam..




Monday, August 30, 2010

august besday ;)


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu berdua,
Allah selamatkan kamu.. ;)

25 Ogos besday abby (fara waheeda) ;) sdare ksygn ana..hehe...
ab skrg kt poli..gd luck ye ab..
30 Ogos besday syeqa..shbt lama ana mse dkt
madrasah dulu...da besar da enti ye..da 16 taun da..
kat sini ana nk wish hepi besday..
semoga pnjng umur,murah rzki dan smoga enti sntiasa sbr dn tabah ktk mnghadapi
sgla dugaan & cabaran pd masa akn dtg..insyaAllah..hm..enti kne ingat ye,
dimana ada kemahuan,disitu ada jalan,,,
so yg penting kita kne usaha!! ;)

Saturday, August 28, 2010

s-a-h-a-b-a-t



siti hajar farah fatin marwah

khairiyah diyana amal hidayu

diana syafikah fatin izzati

syafiqah syahira



bulan ramadhan,,



Alhamdullillah..
lg seminngu lagi umat islam akn beRAYA!!hehe...
mesti ramai yg cat umah,da tempah kuih,baju raye pun mesti nk dekat sebakul kn,,,?
ish3..xelok 2 kawan2,kita beraya dgn cara yg berserdahana je la..
pembaziran kan amalan syaitan..mesti dia suka
kalau kita ikut amln dia tu,,,
nauzubillah..

Tapi,walaupun raya nk dkt mnjelma nie
mesti sebahagian umat islam rasa sedihkn..hm..termasuklah ana,,
kita tak tau tahun depan kita dapat lagi ke tak berpuasa dlm bulan ramadhan nie,,bulan yang
mulia dan penuh dgn barakah..hanya dalam bulan ramadhan jelah kita dapat solat tarawikh..
bulan lain tak ade kn? :(

Kawan2,marilah sama2 kita hayati bulan
ramadhan nie..jangan lah kita fikir raya shj,,kita rebutlah peluang melakukan amal ibadah dan kebajikan di bulan penuh barakah nie,,sbb kita tak tau,,tahun hadapan kita masih bernyawa
lagi atau tidak,,semuanya diluar kuasa kita,,,

Kita perbanyakkanlah sedekah
pada fakir miskin,anak yatim & orang yang lebih memerlukan,,insyaAllah setiap amal kebaikan
yang kita buat pasti ade ganjarannya,,tapi jgn la kita buat kebaikn tu hnya untuk mnendapatkn ganjaran..lakukanlah kerana mngharap keredhaan Allah..kita lakukan semua tu krn cinta
kita kepada Allah..seorang kekasih pasti akan melakukan apa sahaja dan
berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kn,,,

Suka saye dengan
bait kata-kata RABIATUL ADAWIYAH..
"Ya Allah,aku menyembah-Mu bukan kerana aku takut akan neraka-Mu..
Tetapi kerana kemuliaan cintaku pada-Mu "

Lihatlah kawan2..
Rabiatul adawiyah menghambakan dirinya pada Allah,bukan kerana mengharapkan ganjaran
semata-mata,tetapi kerana cintanya pada Allah..

Oleh itu,
marilah sama-sama kita bermuhasabah kita diri kita,,
kita renung sedalam-dalamnya..InsyaAllah nikmat ramadhan pasti kita akn rasa..malah
kita akan berasa terlalu syahdu bila raya menjelma,,ingat, tak semua makhluk di muka bumi ini gembira bila tibanya raya,,jadi sebagai umat islam,kita hendaklah sentiasa bersyukur,,
kerana terlalu sedikit golongan yang bersyukur dlm kalangan
umat Nabi Muhammad ini.

Friday, August 27, 2010

memang ALLAH sengaja..



Memang Allah sengaja,
menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita menjadi manusia
yang hebat jiwanya..

Memang Allah sengaja,
menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar cinta yang terbaik
hanya kepada
ALLAH..

Thursday, August 26, 2010

PadaMu Kubersujud...

Kau tempatku meminta,Kau beri ku bahagia...Tiada yang bisa
ku lihat selain nama-MU...

pentingnya siLaturrahim~



Allah berfiman ertinya:

"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya,
kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan,dan janganlah kamu
menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros" (Q.S al-Isra' :26)

Dalam firman lain menyatakan:

"Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukannya dengan
sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa,karib kerabat,anak-anak yatim, orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat ibn sabil..
(Q.S an-Nisa' :36)


Orang-orang yang suka menyambungkan
silaturrahim akan mendapat keberkahan dalam rezeki dan bertambah umurnya.
Rahamat Allah akan sentiasa tercurah kepadanya didunia dan di akhirat.
Ia akan dicintai dan dihormati. Sebaliknya orang yang suka memutuskan tali
silaturrahim akan mendapat kesengsaraan,bencana, dan kebencian dari Allah & ,manusia.
Di akhirat nanti akan dijauhkan dari syurga....

Ternyata,silaturrahim membawa keberkahan rezeki dan umur
seseorang yang suka menyambungnya.

Ibn Umar r.a berkata "Barangsiapa yang bertaqwa kepada tuhannya,
dan menyambungkan silaturrahim,akan dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya"
(H.R BUKHARI)

Cukuplah bagi orang yang suka memutuskan tali silaturrahim
merasakan kesengsaraan,bencana apabila mendengar sabda Rasullullah s.a.w :
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturrahim. (H.R Mutaffaqun alaihi)

Oleh kerana itu,Abu Hurairah r.a tidak mahu berdoa disebuah tempat yang didalamnya
ada orang yang memutuskan tali silaturrahim. Kerana akan menjadi penghalang turunnya rahmat dan dikabulkannya doa.

Seorang muslim yang mempunyai
perasaan halus dan sentiasa mncari keredhaan Allah dan keselamtan diakhirat.Pasti akan tergugah hatinya apabila mengetahui bhw memutuskan tali silaturrahim akan menutupi
turunnya rahmat,doa tidak dimakbulkan dan menggagalkan pahala sebuah pekerjaan.
Beramal tetapi tidak diterima di sisi Allah, dan mengharap rahmat Allah tetapi rahmat itu menjauhinya. Dan tidak dapat dibayangkan sama sekali bhw suatu saat seorang muslim sejati akan memutuskan tali silaturrahim..



Monday, August 16, 2010

Saturday, June 19, 2010

Friday, June 18, 2010

Hati Oh hati...


Assalamualaikum...
apa khabar semua..hehe,harap2 kita semua sntiase dibawah lembayung rahmatNYA..
InsyaAllah.Hari ni nie sye nk habaq sikit la pasal 'hati'..hah..knp dgn hati?? hati2 di jalan raya ke??..hehe..nonono..


Em..kawan2 perasan tak??
Hari ini,terlalu ramai umat Islam ditimpa musibah yg tdk kurang besarnya,iaitu matinya hati.
Pelbagai peringatan diberikn,ttpi ibarat mncurah air ke daun keladi..betul kn?

Kalau kwn2 nak tau..inilah
pnyakit hati yg dikhuatiri oleh Rasullullah yg akn berlaku pd umatnya.Inilah kematian yg paling sukar untuk dipastikn krn tdk ditandai oleh kain kapan putih ataupun batu nisan.


Apa pun selaku insan yg sntiasa mnginsafi diri,
kita masih boleh mnghisab diri,apakah musibah ini telah mngenai diri kita atau kita termasuk
dikalangan mereka yg trselamat?


Terdapat 3 tanda yg digariskan
oleh ulama iaitu tdk merasa sedih apabila tdk berkesempatan melakukn amal ketaatan,tdk
menyesal apbila terlanjur melakukn dosa dan suka brsahabat dgn org2 yang lalai dan telah
mati hatinya. Inilah alamat ringkas yg diletakkn oleh Syeik Ibnu 'Atoillah dlm kalam hikmahnya.


Maka dapat difahami bahawa
keriangan dan kegembiraan seseorg krn ketaatan yg dilakukannya dan kesedihan seseorg
krn maksiat yg dilakuknnya merupakn tanda hidupnya hati seseorg.Rasullullah SAW telah
bersabda :
"Sesiapa yang digembirakan kebaikknnya dan disedihkan oleh
kejahatannya,maka dia adalah orang mukmin"
(Rwyt Imam Ahmad,Tirmizi dan al-Haikm)

Thursday, June 17, 2010

kEnapA RokOk hAraM

Cube tgok betol2 info nie..bukak mata beso2 ye..
ish3,,,cmne la perokok boleh selera nk isap rokok..

Kawan-kawan..mari kite perhatikan betol2 penyataan dibawah nie...
MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN KALI KE-37 : 1995
"MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN
ISLAM KERANA PADANYA ADA KEMUDARATAN"
DALIL AL-QURAN
"Dan Dia menghalalkn bagi mereka segala benda yg baik dan
mngharamkn kepada mereka segala benda yg jijik (keji & buruk)
-Surah Al-A'Raaf : 57-
DALIL HADIS
"Telah mncegah Rasullullah S.A.W daripada tiap2 perkara
yang memabukkn dan melesukn fikiran'
-Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud-

masyaAllah..sedap sgt ke rokok nie??
rase coklat ke???..
SEBAB2 ISLAM HARAMKAN ROKOK
*Rokok menjejaskn akal (mental)
*Rokok membahayakan kesihatan fizikal
*Rokok membahayakn keselamtan diri dan orang lain
*Rokok membahayakan keturunan
*Rokok menganggu manusia lain
*Rokok menimbulkan akhlak buruk
*Rokok mensia-siakn waktu hidup
*Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
*Rokok membazirkan harta
*Rokok mngandungi dadah.
*
Kawan2..kenapa kita bazirkn duit kite dgn mmbeli rokok..
Andai katalh kita mati pastu kita x wat haji dgn alasan xde kemampuan..
Habis tue duit2 yg kite beli rokok 2??kite sia2 kn cam tu je..
Contohlah harga 1 rokok RM 7..Kalau 50 tahun kita hidup..
Agaknye da bpe puluh ribu kite sia2 kn,,,??
Mesti malaikat mmpersoalkn tntang duit tue kn...
da tak de alasan dah utk kite jwb soalan2 malaikat...
REnungkanlaaaaa



Wednesday, June 16, 2010

pesan Dato' Haron Din..


Seperti yg kita ketahui,negara kite nie bnyak tugu.
Antaran yg famous ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut yg kat Langkawi tue dan sebagainya.
Tahukah kwn2 bhw pd tahun 1993 Mufti wilayah persekutuan telah
mngeluarkan fatwa bhw
"Segala tugu2 itu dan pembinaannye adlh HARAM,
ciri2 nya mnyerupai berhala dan
melawatnya adlh HARAM..

Setelah fatwa itu dikeluarkan,
maka ia digazetkan brmakna tndakn undang2 boleh dikenakn kpd
sesiapa yg melawat tugu kebangsaan,tetapi sayang..pihak atasan tidak suka
akn keputusan itu maka disuruhnya pihak Mufti menarik balik fatwa itu..
Setelah berbincng,pihak Mufti tidak mahu menarik blik fatwa itu.
Maka pihak atasan tlah menarik blik gazet trsebut maka apa yg tinggal ialah fatwa sahaja..Tiada tndakan undang2 yg boleh diambil.Menurut kupasan Ust.Harun Din,tugu2 itu boleh mndatang syirik!!!!!


Beliau berkata.."bawalah dosa anda sebesar lngit dn bumi kpd Allah
dan mungkn Allah akn mngampunknnya,tetapi jika trdapat
sedikit/sebesar zarahpun dosasyirik maka Allah tidak akn mngampunkn org itu..

Dan kata beliau lg..."walaupun kita
tdk pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tdk melakukn apa2,
brdiam diri,, kita juga
akan mndpt dosa trsebut iaitu dosa syirik..


Contoh kedua yg beliau utarakn
dlm prbncangan dosa syirik ini ialah nama negeri Perlis iaitu perlis indera kayangan..
"Menurut kmus dewan,indera brmaksud nama tuhan hindu manakala kayangan
brmaksud tmpat dimana tuhan2 bersemayam.Maka nama sbnr perlis ialah
perlis tmpat tuhan hindu bersemayam..


Menurut beliau..Nama perlis ini juga mndatangkn
dosa syirik.Perkara terakhir yg dibncangkn ialah isu perlembagaan negara..


Kawan2 taw tak bhw Perlembagaan Negara Fasa ke-14
mngatakn bhw mana2 undang2 akn trbatal dn tdk boleh dipakai jika ia brtentangn dgn undang2 yg telah dinyatakn di dlm prlembagaan trmaksuklah undang2 hudud..
iaitu undang2 yg dicipta oleh Allah...


Kata beliau seterusnya,dosa syirik boleh diakibatkn oleh


  1. Mempertahankn prlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatknnya mngatasiundang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll
  2. Menyokong mereka yang memprtahankan perlembagaan
  3. Mereka yang berdiam diri
  4. MEREKA YANG MENGATAKAN HUKUM HUDUD ITU ZALIM (BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)




Sunday, June 13, 2010

hukum TENGOK WAYANG





Sye ade bce 1 laman soal jwb tntg islam,ade sorang hmba Allah ade tnye,
apa ye hukum tgok wyg nie?...

Emm,bgos soklan die 2 sbb skrg nie rmai y kompius sal hukum tgok wyg,ade yg kate haram
coz tmpt cam 2 brcampur ngn maksiat,em,marilah sme2 kite renungkn
jwpn dri ustaz nie,,



=Kami akn mnjwb soalan anda dgn kadar y trmampu..

Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi prnah ditanyekn hukum menonton filem di panggung wayang,
jawab beliau ;


"Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan,satu alat dari alat-alat
pengarahan(directing) dan hiburan (entertaiment),maka hal ehwal (aktiviti)
setiap alat ini dilihat samada digumakan untuk kebaikan @ keburukan.Maka
ia diterima dan tidak adalah masalah keatasnya.Maka hukum aktivitinya adalah
menurut apa ia ambil dan lakukannya.


Dengan itu kami berpendapat bahawa panggung wayang :
adalah halal dn baik,akan tetapi ia emerlukan dn meminta agar syarat yg dinyatakan wujud.


Syarat-syaratnya:

1) Tajuk dn isinya tidak boleh bertentangan dgn Akidah Islam,akhlak dn syariah.Ia tdk bolehmngandungi unsur seks,mngajak kpd jenayah dn ajaran sesat.

2) Menonton wayang tdk mnghalang seseorg itu dari melakukan perkara wajibseprti solat 5 waktu.Tidak boleh seseorg itu meninggalkan solat wajib,contohnya,Maghrib semata-mata untuk menonton wayang.al-Quran memberi amaran keraskpd sesiapa yg brpaling dari mngingati Allah.

3) Elak dari bergaul dgn lelaki dan perempuan yg ajnabi (orang luar). Elak darifitnah dan juga bersyubhat,lebih2 lagi menonton dlm keadaan gelap.


Jika syarat ini dipatuhi,maka menonton wyg tdk lah dlarang.Dr.Ahmad Syarabasimengatakan bhw ia boleh dijadikan memunafaatkan umat keseluruhannya,seprti menegakan agama dan menunjukan akhlak yg baik. Ada juga ygmenyalah gunakannya yg boleh mnggalakan jenayah,seks,tekanan psikologi,etika dan korupsi sosial didlm masyarakat.


sekian,wasalam.









Thursday, June 10, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE maher zain



Asslamualaikum,rini nk kongsikn 1 lagu nie..dgr ye..
;)

Wednesday, June 9, 2010

Senangnye mengeluh Susahnye bersyukur


Em..zmn skrg nie ramai yg susah nk brsyukur dgn rezeki
yg Allah bg.Sdgkan Allah da brfirman da dlm surah An-Nisa' "Adakah Allah akan menyeksa
kamu jika kamu bersyukur dn beriman?" Kalau kita perhatikn ayat nie,Allah berkata begitu
krn Allah pelik, knp hmba2nya trlalu sukar utk brsyukur padaNYA.Sdgkan tak terkira nikmat yg
diberi olehNYA.

Wahai teman,knp kita selalu tutup mata hati kita,kita jadikan
ia buta.Kita selalu mengeluh bila Allah bg ujian@dugaan..Kita x prnah nak melihat dn x pernah
nk fikir,siapa yg bg kita tubuh bdn yg smpurna?. Mulut yg petah brbicara?Andaikata lah,Allah tarik 1 je nikmat yg Dia beri pd kita,contohnye kaki,,hah! mcm mne kite nk jln?kaki nie,terlalu bnyak kegunaannye,,knp kita xsedar?Knp kita msh lg merungut sbb
kaki itam lah,kaki xcntik la..knp?kalau kita lht sekeliling kita, ad jge manusia yg xde kaki,,Tp
knp mrk masih boleh mgucapkn "Alhamdulillah" knp bukan kita yg mngucapkn
kalimah itu,,knp? dan knp?

Hari ini,trlalu bnyk sikap2 negatif dlm diri kite,cntohye
hasad dengki,bunuh2,mencuri,brzina dn x terkate oleh lidah ini,,Mengapa wahai sdare seislamku,,Mengapa kau burukkn ISLAM dgn sikapmu,Apa yg tdk cukup lg??Allah telah mmberi
segalanye cukup utuk dirimu,,Bersyukurlah dgn nikmat yg diberiNYA. Jika kau meminta dn Allah
tdk kabulkn doamu,anggap shje la Allah ingn mmberi mu nikmat g lebih baek dri pintamu.Seperti firmaNYA "Dan boleh jd kamu benci pada sesuatu,padahal ia amt baik bgmu,dan boleh jd kamu suka pd sesuatu,padahal ia amat buruk bgmu,Dan ingatlah Allah jua mengetahui sdg kamu tdk mgetahuinya"~216,surah Al-baqarah.

Saat ini,marilh kite brusaha mnjadi hmba Allah
yg sentiasa brsyukur,jgn lah mnngeluh jika kita ditimpa ujian@dugaan yg dberiNYA.krn,Allah tdk akn mmberi ujian slain hambanya mampu mnnempuhinya.Kita doalah same2 spy smakin hari,smakin mantap iman kite.krn sye juge bknlh smpurna .dn brdoalah sprti doa Umar Al-Khatab "Ya Allah.jadikan lh hambamu ini,dikalangan org yg bersyukur" Knp Umar Al-Khatab brdoa bgitu,Umar berdoa begitu krn Umar takut jika dia tdk trmasuk dalam klgn org yg bersyukur dan dia
tahu,terlalu sdkit org yg bersyukur dlm klgn umat Nabi Muhammad ini..

Renungkanlah.........

Friday, May 14, 2010

BIG DAY OF MAY


asslamualaikum semua,,,lame tak update blog nie..da berkurun rasenye...hehe,sebenarnya bln mei nie,ramai betol besday org2 yang saaaye sayanggggg...hehe..
Mrk ialah SIS NADIA,SIS NATASHA.MUHD ALIFF AIDIT and MY LIL BRO MUHD AR RAYYAN,,hepi besday sayang,,,
to~sis nadia,,smge pnjg umur,murah rezeki,mnjadi muslimah y sejati,sntiase mndpt dekan n insyaAllah,,mndpt suami y soleh yg akn mmbawa awk ke syurga brsame2 die,,ameen,,
to~sis tasha..hepi besday,,mge dpt mncapai ape saje y awk impikn,,n mndpt psgn y soleh,,yg akn memimpin awk ke jln y diredhai Allah,,,

ini dye abg aidit kite..memg suke brgambo,,,lau xde org yg nk amek gambo dye,,,dye sndiri y snap muke dye,,,ish5,,,hehehe,,
InsyaAllah,,lau ade mase trluang dorang sume nk celebrate besday kt pd..em,,xtw la dpt follow ke x,,,kita kn duk hostel,hm sedeynye,,hurm,xpelah,,,lau xde rezeki nk wat cm mne?semuanyenye ade hikmah kn,,yg pnting struggle tok spm,,,wah!hehe..man jadda wa jada ye ukhti,

hepi besday ye,,,da bsr da ank sdare akk sorng nie,,
dun noty2 tw!..t penat mama kamu nk jge kamu nie,,,




hepy besday rayyan,,,mge cpt jalan ye,,dun takut2 la deq...awk msty ley wat nye,,
n moga da bsr nnti,,jd anak y soleh,suka brbakti dgn mk abh,dan insyaAllah,,,jd al-hafiz ya dek,,ameen,,,
sekian,,smpai sini saje ye,,,
ade keje agy nie,,,
wassalam



Monday, March 22, 2010

~TEtamu ALLAH~




Alhamdullillah,,ana diberi peluang olehNYA utk
menjejakan kaki ke tanah suci,,
tak tergambar perasaan dalam hati ini..
berdebar,takut,gembira,sedih,terharu,,
semuanya bercampur baur..
syukran jazilan kt mak n abh,,sbb bwk ana utk menunaikan umrah,,
sepatutnya,,ana sekeluarga akn mengerjakan haji tahun nie,,
tapi thun nie ana ad exam SPM,,hurm,,nk wat mcm mane,,sbb tula abah ana
bawak ana g umrah,,tak pela,,xde rezeki nk g haji,,maybe ade
hikmahnye,,tol x??
sekarang nie pon ana da begitu brsyukur pd Allah sbb bg ana pluang utk menunaikan umrah,
insyaALLAH kalo xde aral g melintang,lusa nie 24 mac ana
akn brangkat,,doakn ye semua mg ana pegi dn pulang
dengan selamat,,,insyaAllah,,
Sekarang nie ramai sdare2 n kwn ana
suruh belikn itu,,suruh belikn ini,,
dan xlupe jugak,,mohon ana doakn mrk
mse dpn kaabah nanti,,
untuk smua hamba Allah g ana kasihi,,
InsyaAllah,,ana xkn lupe antum semua mse ana dkt sane nnti,,,
Dan..
syukran ya Allah krn Kau menrima kdtgn hambaMu yg hina
dan kerdil ini,,,
Sesungguhnya
Aku trlalu rndu padaMU,,trlalu rndu pd kekasihMu,,
trimalah taubat hamba ya Allah,,
terimalah taubat hamba
ya rahman,,
terimalah taubat hamba
ya rahim,,

Sunday, March 14, 2010

bacalah untuk hatimu,,,,


Diriwayatkan Siti Zubaidah seorang bangsawan yg kaya,hobinya suka mndgr muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yg mnjd pnghiburnya. Apa yg mnjadi kelebihannya ialah apabila terdgr saja seruan Azan dia akn segera memerintahkn penyanyi dn pemuziknya itu berhenti untuk seketika bg mnghormati Azan.

Setelah selesai dan mnjwb azan,barulah disambung semula,hanya itulah amalan yg sntiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal dunia,ramai dikalangan org2 yg soleh telah brmimpi brtemu dgnnya ; tanya mereka "Ibadah apkh yg mnyebabkan Allah mengampunkn dosamu,adkh krn kamu tlh mnggali sbuah kolam air antra Makkah dan Madinah?"
Jawab Zubaida,Allah mngampunkan dosaku dgn bnyak mngucapkan syukur. Sebenarnya aku tdk bnyk melakukan ibadah kecuali satu smsa hayatku dulu iaitu apbila trdengar shj azan maka dgn serta merta aku menyuruh mereka memberhentikanya bg mnghormati azan. Itulah ibadah yg aku bnr2 mnjaganya.


Sebagai balasan ALLAH berfirman, "
Kamu dilarang menyeksanya,jika tidak kerana IMAN yg ada didalam dadanya masakan ia mahu menyebut-Ku dalam keadaan leka"