Monday, November 15, 2010

Opick - Rapuh




Maafkanlah..bila hati tak sempurna mencintai-Mu...

Saturday, November 6, 2010

Muhasabah Cinta

sabarlah...




When you all alone in this world...
And there's nobody to count your tears...
Just remember, no matter where you are..
Allah knows,Allah knows......

renungkan dan selamat beramal

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :"Jika salah seorang daripada kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri "

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu shj, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya....


1. Berwuduk

Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.


2. Perut tidak terlalu kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anada cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah susah untuk bangun.


3. Mengingati kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara2 yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan atau perbuatan mungkar berazamlah untuk berubah dan beristughfar lah memohon ampun darpda Allah.


4.Membaca doa dan surah tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah2 yang tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasullullah sering mengamalkan surah 3 al-Ikhlas, al-falaq dan al-Nas dan kemudian dihembuskan kepada kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya dimana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda diulang sebanyak 3 kali berturut-turut.


5. Berazam untuk bangun awal


Anda juga digalakkan untuk membaca surah al-Kausar 3 kali sambil berniat didalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh,


6. Bangun pagi

Setelah berjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kamu dan sesudah mematikan kami. Kepadanya kami akan dibangkitkan". ;)

Friday, November 5, 2010

~ DOA C.I.N.T.A ~

"Ya Allah, kurniakanlah untukku cintaMu,
Cinta orang-orang yang mencintaiMu
serta cinta yang dapat mendekatkan kepada cintaMu..

"Ya Allah, segala pemberianMu yang aku sayangi,
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu,
Segala yang Engkau pisahkan dariku,
Sedangkan ia sangat ku sayangi,
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku...

"Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Berbanding cintaku kepada
keluarga,harta dan air yang dingin ketika dahaga...

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mencintaMu
Para malaikat, Nabi-nabiMu & hamba-hambaMu yang soleh...


~Tiada cinta yang lebih indah dan suci selain cintaMu~