Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah


Assalamualaikum sahabat2 tersayang..
Hari ini, hati saya bagai disimbah dengan air yang
sangat sejuk =) nak tau kenapa? jeng..jeng...jeng...hehehehe



Saya ada membaca sebuah
hadis qudsi yang sangat menyentuh hati saya
yang sentiasa resah dan kecewa....

**********

Ketika Allah rindu kepada hambaNya.
Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa
melalui malaikat Jibril yg isinya adalah UJIAN....

Dalam hadis qudsi, Allah berfirman.

"PERGILAH KEPADA HAMBAKU, LALU TIMPAKANLAH BERBAGAI
UJIAN KEPADANYA KERANA AKU INGIN MENDENGAR RINTIHANNYA"

-HR Thabrani dari Abu Umamah

Tersentuh bukan..
Rasa macam nak nangis..nak senyum pun ada =)
Bagi mereka yang dalam kesedihan.. (termasuk ana) anggaplah
ujian itu tanda mahabbah Allah terhadap kita,, UJIAN itu tanda KASIH !!

mari berselawat =)


Rasullullah bersabda yang bemaksud :
" SESIAPA MEMBACA SELAWAT 10 KALI
PADA WAKTU PAGI DAN 10 KALI
PADA WAKTU PETANG, MAKA IA AKAN MEMPEROLEH
SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT "


1- Sesudah laungan Azan
2-Ketika hendak masuk dan keluar masjid

3-Dalam solat jenazah

4- Dalam takbir2 hari raya

5- Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat

6- Pada awal dan akhir bacaan doa

7- Pada siang dan malam hari JUmaat

8-Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut

9- Ketika orang menyebut nama Rasullullah s.a.w

10- Tiap pagi, petang, ketika mengadakan
majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain2..

jujurlah anakku, kerana syurga itu ada



Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Walau begitu sukar untuk mendapatkannya tetapi jangan sesekali kau korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan. Biar kalah, jangan salah. Percayalah, kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah !

Paling teruji apabila kau lihat orang lain yang mengikut lorong salah..lalu dia cepat sampai, sedangkan kau di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa yang benar pasti teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir2 kita melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.

Namun anakku, percayalah akhirat itu ada. Ada lagi ketawa di sana. Dan percayalah " One who laugh last, laugh the best"- ketawa paling akhir ( di syurga) adalah ketawa yang paling baik. Beringat-ingatlah, sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis....

~Pahrol Ahmad Juoi~

Monday, January 9, 2012

Ya Allah, abadikan hati ini dengan sifat Mahmudah



-TAUBAT


-TAKUT AKAN ALLAH s.w.t

-MAHABBAH

-ZUHUD

-SABAR -SyUKUR

-IKHLAS & BENAR


-TAWAKAL

-REDHA DENGAN QADA' ALLAH

-MENGINGATI MAUT