Wednesday, December 26, 2012

-GAZA-


Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.
Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru
Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku
Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu





"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." - Doa Qunut Nazilah

Thursday, November 15, 2012

Mensyukuri ujian bahagia, Moga ditambah berganda.


BUKU, surat khabar dan majalah baru sahaja diselerakkan oleh puteri kecilku di ruang tamu. Biarlah dia ingin meneroka. Bagiku, anak yang boleh belajar lebih penting daripada rumah yg kemas pada saat tu.
       Aku memilih untuk memahami. Kasihan isteriku bersabar untuk mengemasnya setiap hari . Aku tidak rasa hina untuk menghulurkan tangan untuk mengutip bahan2 bacaan itu  bagi meringan kan tugas isteriku. Dia sudah terbeban dengan sekian banyak kerja2 rumah tangga setiap seketika. Bukankah Aisyah r.ha pernah memuji akhlak suaminya yg rajin membantu urusan rumah tangga.

     Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata bahawa saidatina Aisyah  meriwayatkan," Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yg biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka." (HR Ahmad Ibnu Hibban)

Setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga tentu sekali mendambakan sebuah mahligai yg dihiasi dengan kebahagiaan. Aku juga begitu. Sejak sebelum berkahwin malahan sebelum bertunang aku telah mengimpikan sebuah rumah tangga yang sgt bahagia kelak.
        Cita2 ini lebih indah daripada angan2 untuk memiliki harta yg banyak mahupun kereta  yg mewah kerana semua itu tidak menjanjikan apa2. Perkara yang aku dambakan daripada mahligai yg ku bina adalah keberkatan.  Bahkan Rasulullah saw menyarankan agar mendoakan keberkatan rumah tangga pasangan pengantin.



Ya Allah, aku tahu lumrah hidup mesti diuji. Aku tidak minta dikecilkan ujian. Aku juga tidak minta dibesarkan ujian. Aku mohon agar bila aku diuji, jangan pisahkan aku dan keluargaku  daripada rahmatMu.
         Aku terfikir, sebenarnya aku dan keluargaku mendapat ujian daripada Allah swt. Ujian yg kami terima berupa ujian kebahagiaan. Selalunya ujian berupa kebahagian kurang disedari berbanding ujian kesusahan.
       Ramai manusia biasanya akn tewas dengan ujian berupa kesenangan dan kebahagiaan. Itulah yang ditakuti oleh ku .
         Aku tidak mahu mewarisi sifat2 mereka yg dimurkai Allah seperti Firaun, Qarun dan Namrud. Mereka semuanya manusia yang diuji  dengan kesenangan disebabkan kemewahan yg  mereka perolehi itu menjadikan hati mereka lalai  daripada menerima cahaya kebenaran. 

            


Menyedari hal ini, aku semakin merasai kepentingan memiliki seoarang pendamping yg solehah dan kuat beragama krn dialah yg akan menjadi cermin kpd kita. Aku akan memberi penekanan bersungguh2 tentang hal ini kpd setiap pemuda yg ingin berumah tangga. Disaat kita lemah isterilah yg akan meneguhkan kita. Disaat kita lalai, dialah yg akan mengingatkan kita. Aku bersyukur kerana dia kini berada disisiku.

     "Think like a man, act like a lady"

Aku tertarik dengan tajuk buku yg terbaring dibawah meja tamu. Membaca sahaja tajuknya, aku bersetuju benar. Selama ini, sebagai pemimpin rumah tangga aku banyak memikirkan sesuatu . Kadangkala belum sempat aku menterjemahkan ideaku, isteriku sudah pun menjadi pelaksana.

   Aku terdengar derapan langkah isteriku keluar biliik air setelah memandikan anak2. Dikiri dia mendukung anak sulung. Di kanan dia mendukung anak kedua. Dua org puteriku mmg suka berebut ummi kesayangn mereka.
        "MasyaAllah, abang kemas semuanya? Baiknya abang!" kata isteriku.
Dia selalu menunjukan penghargaan dia tas sekecil2 perkara yg aku lakukan. Bukannya susah mngangkat buku2 ini. Dibalas dengan pujian2 melangit. Ya Allah, baiknya isteriku.

Aku mengambil puteri sulung dari dukungan ibunya. Tidak sanggup aku melihat isteriku terbeban begitu. Ku cium si comel berkali2. Tidak lupa juga kepada ibu dan adiknya. Aku melihat ada air mata menitis dari kolam mata isteriku meskipun bibirnya manis tersenyum.Jiwa wanitanya mudah tersentuh.

"Kenapa sayang?"
"Sayang terharu atas ujian kebahagiaan ini,"katanya.
"Jika kita bersyukur, Allah akan tambah lagi kebahagiaan kita. " Balasku.

Wednesday, September 26, 2012

lazyness..syhhhh..syhhh!



Cabaran yang paling rencam adalah kemalasan diri sendiri. Itu yang sering membuat saya kalah. Saya kalah dalam angan-angan. Saya kalah dalam impian saya sendiri. Begin with the in mind itu tidak berjaya saya resapkan dalam jiwa. Walau sudah saya tampal kata-kata nasihat di meja belajar, masih juga kemalasan itu bertandang. Hal ini menyebabkan kerja kadang bertangguh. Saya tahu itu bukan sifat Muslim. Saya tahu tapi saya mendekatinya. Itu jahil dan itu sifat manusia yang tidak bersyukur. Saya tidak boleh jadi begitu.


Sahabat :')

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Monday, September 24, 2012

Sunday, September 16, 2012

Memohon Kemanisan Ibadah.....



Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat :

> Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdalnya di masjid)

> Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya..

> Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

> Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil..

> Memahami segala bacaan dalam solat.

> Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir..

>Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yang terakhir..


"Allah sw.t berfirman yang bermaksud : "SOLAT itu tiang agama (Sesiapa  mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya)" - Riwayat al-Dailami

Saturday, September 15, 2012

haisssyhhh =_=


Haisyhhh.. cuba tengok tarikh kat atas ni..
Macam mana ana nak tukar? Ana post hari ni..tapi tarikhnya semalam. Anah cuba dah ubah-ubah.. tapi tetap macam tu jugak..

Ana salah setting ke? Tapi dah betulkan..hmm

Sahabat2 boleh tolong?

Blog ni merajuk dengan ana ke?

Ish..rotan sikit nak? degil eah! huhuhu ;P

Sunday, September 9, 2012

Di sebalik 'belenggu' NIqob...


Di sebalik niqab berwarna hitam itu, ada sepasang mata yang terlihat dan melihat. Dihujani ribuan pandangan aneh. Terasa begitu asing. Perbezaan yang serta-merta dapat dirasai menusuk segenap hati apabila diperhatikan berpakaian yang serba menutup sebegitu berbanding kebiasaan sering terdedah. Mata-mata yang seakan bersuara melahirkan simpati. Seharusnya, pada era fesyen ini segala trend jadi ikutan. Namun, bukan dia.

Ada yang merasakan dirinya berpakaian seperti tawanan. Setiap langkah mereka beriramakan suara yang berdesas-desus layaknya seperti juri yang menghakimi. Tatkala pilihan fabrik penuh warna-warni  yang menarik, masih ada yang mahu tampak serba pudar sepertinya.

"Jadi, inilah perubahan baru yang awak katakan antara simbolik bagi erti 'kebebasan' sebenar seorang wanita? Sememangnya perubahan yang benar-benar drastik, Fatihah! Tapi sejujurnya ini memang kebebasan yang lari daripada kebiasaan. Sungguh!" Kening Maisarah terangkat sedikit. Terkejut melihat sahabatnya berpakaian sedemikian. Jika bukan kerana Fatihah yang menyapanya terlebih dahulu, sudah pasti dia tidak mengenali gadis di hadapannya tadi.

"Absolutely, this is total freedom for me and my soul! I had never felt this kind of feeling before but now I know how it actually feels like. Peace and modesty. Saya dapat rasakan hati saya lebih selamat dan setiap pandangan yang melihat diri saya seperti refleksi dan reminder untuk mengingatkan siapa diri saya sebenarnya – hanya seorang hamba Allah," ujar Fatihah penuh bersemangat.
Senyuman yang terukir di sebalik kain yang menutup sebahagian wajahnya terserlah pada sinar matanya. Dia jauh lebih kemas dan berbeza daripada Fatihah yang dikenali sebelum ini. Kadangkala terfikir, betapa 'pakaian' bukan sahaja mampu mengubah pandangan segenap manusia terhadap si pemakai malah mengubah cara si pemakai itu sendiri memandang dunia.

"Awak tahu tak, pandangan mereka sangat menakutkan? Awak lebih banyak menarik perhatian dengan berpakaian sebegini. Ingat, ini bukan budaya kita seperti di tanah Arab tu. Tentulah mereka rasa janggal bila tengok awak. Malah, tak hairanlah mereka cenderung merenung awak." Maisarah masih kekok apabila hampir setiap orang yang lalu-lalang di pusat beli-belah memusatkan pandangan pada mereka berdua, khususnya Fatihah. Agak janggal duduk berdua dengan Fatihah sedangkan dirinya jauh berbeza.
"Kenapa perlu takut dipandang dengan pandangan aneh? Saya lebih takutkan Allah. Saya takut kalau-kalau pandangan mereka pada saya membuatkan Allah murka pada saya. Semua pancaindera ini pinjaman daripada Dia. Jadi, aurat saya juga tanggungjawab saya. Bukan niat saya mahu menarik perhatian atau menjadi bahan tarikan sedangkan pada dasarnya tidak ada apa-apa yang menarik pun untuk ditatap – hanya kain biasa yang tiada potongan.

"Saya mahu menjaga hati kecil ini daripada terus dizalimi dan menzalimi diri sendiri. Bukan kerana terikut budaya atau apapun. The truth is I am trying to dress for Allah and not for humans." Kelihatan air matanya bergenang. Sebak.
Dalam diri Maisarah mengakui keberanian Fatihah berhadapan insanity di sekitarnya dengan perubahan yang dibuat. Air mata di sebalik niqab itu terasa begitu mahal apabila tiada siapa yang melihat dan menyedari.

"Apa maksud awak dengan menzalimi dan dizalimi diri sendiri?"
"Saya sudah letih, Mai. Letih menjadi seorang yang seperti tercari-cari identiti. Letih bergantung kepada sesuatu untuk mengejar tumpuan. Letih untuk membanding dan mengukur 'kecantikan'. Hati pula mudah riak dengan pakaian yang dipakai. Malah, pujian yang diberi hanya kerana kecantikan dengan 'make-up' yang sementara dan segera hilang walau terkena air.

"Saya menzalimi diri sendiri kerana berani mencuba sesuatu yang di luar syariah hanya kerana mahu tampil berbeza dan cantik di pandangan mata manusia. Malah menzalimi keluarga dan orang lain kerana memberi saham dosa dengan aurat yang terdedah. Hati saya juga bagai dizalimi kerana tanpa sedar mengukur dan mengejar segala yang sementara. Bukankah Islam mengajar umatnya untuk bersederhana?" soal Fatihah.
"Betul juga. Media dan majalah di luar sana mendefinisikan cantik itu dengan cara mereka. Fesyen pula berpusat kepada menjadi atau mencuri tumpuan. Kita dikelilingi dengan persekitaran begini. Kita juga dibentuk dengan stigma yang mengikis rasa takut pada pandangan Allah berbanding pandangan manusia.
"Tapi, bukan mudah untuk lari daripada kebiasaan. Bukan mudah untuk berkorban dan bertahan dengan pakaian yang serba labuh dan menutup hampir seluruh tubuh kita pada zaman ni. Masih banyak etika yang perlu dipatuhi," kata Maisarah yang mulai akur sudut pandang Fatihah.
"Islam itu kan mudah, jadi usah diberatkan dan jangan ambil mudah. Jadilah hamba Allah. Bersederhana dan berniat segalanya kerana mencari redhaNya. Apa pakaian sekalipun yang mengikut syariah dan berpaksi kerana Allah pasti mendapat redhaNya, insya-Allah. Masing-masing punya cara sendiri tapi aurat kita sebagai wanita adalah tanggungjawab kita dan amanah daripada Allah. Berubah itu payah tapi jika dilakukan kerana Allah pasti segala susah dipermudahkan dengan hikmahNya," terang Fatihah.
"Tapi kan Fatihah, awak tak risau ke? Kalau awak  selalu keluar berpakaian macam ni, nanti tiada seorang pun kaum Adam yang berani nak pandang apatah lagi mendekati awak. Tak kahwin dibuatnya!" Ada nada humor pada bicara Maisarah itu, namun ia sinis.
"Ish, awak ni. Bukankah lebih selamat begitu? Setidaknya lelaki yang mahu menikahi saya bukan kerana memandang kepada kecantikan semata-mata. Cukuplah bila dia mengingati Allah apabila memandang saya. Yakinlah seperti firman Allah dalam AlQuran, surah An-Nur ayat 26 yang menyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.

"Tidak semestinya orang yang menutup aurat semuanya baik. Tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha menjadi baik. Tidak semua orang yang tutup aurat dengan sempurna. Tapi mana yang kurang sempurna kita beri tunjuk ajar dengan berhemah, bukan menghina. Beri peluang dan ruang untuk mereka berubah kerana Allah sentiasa beri kita peluang bernafas percuma. Allah sukakan kebaikan, jadi tak salah kita berubah menjadi lebih baik dan suka kepada kebaikan," bicara Fatihah.
"Sekarang saya faham sedikit sebanyak 'kebebasan' yang awak maksudkan tu. Saya pun terdetik nak berubah kerana Allah. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dengan awak hari ini," ujar Maisarah.

"Ya, kebebasan minda dan jiwa mengikut syariah tanpa perlu dibatasi stigma bercorak barat. Alhamdulillah, saya hanya perantara kerdil, Mai. DIA yang lebih utama. Kita semua hamba Allah dan selayaknya memiliki jiwa hamba. Persamaanlah yang menyatukan kita untuk merasai rahmat dan cinta daripada Allah. Sedikit perhatian daripadaNya lebih hebat daripada segala pujian dan perhatian yang ada di dunia."
Bicara Fatihah membuatkan Maisarah terdiam sejenak dan berfikir sedalamnya, sambil memerhatikan pakaian labuh dan kain yang menutup wajah Fatihah. Kebebasan. Itu bisikan ke dalam sudut hati kecilnya. Maisarah tersenyum. Mulai hari ini dia belajar bukan sekadar melihat dunia tetapi cuba menghayati cinta Allah kepada hambaNya.
Hati kecilnya mengakui ketabahan wanita-wanita yang memakai niqab. Pengorbanan yang besar di mana kemanisannya kerana Allah semata-mata. Di sebalik 'belenggu' hijab dan niqab, ada kebebasan hakiki dan yang paling penting, cinta Allah. Masya-Allah!

::Ya Allah.. Mg suatu hari nanti, wajah ini akan dihiasi oleh niqob::
Yang tertutup itu Indah..Indah pada pandanganMu..

Sunday, September 2, 2012

SETUJU?


Lelaki KACAK boleh buat perempuan terGILA-GILAkan mereka.. kan?

Tetapi lelaki yang KUAT AGAMA akan membuatkan perempuan boleh jatuh cinta dalam diam =)


::Pandai Melawak tu bkn yang utama kot..hehe::

Saturday, September 1, 2012

speak Good.. remain Silent


Dia budak Agama, dia pergi Usrah, dia Ustaz, dia Ustazah..

Assalamualaikum sahabat..
Hari ni ana ingin berkongsi sedikit satu artikel yang ana jumpa..
Mari baca sahabat..buka hati, buka minda =)




Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

 Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama.  Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.

Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

Kamu mati.
Dia mati.
Matahari terbit dari barat.
Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama atau bukan.




Wednesday, August 29, 2012

jika benar kau cinta...



::JARAK BUKANLAH SUATU MASALAH,  JIKA DUA HATI SALING SETIA ^ ^::



Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya Rabbal a'lamin

Saturday, August 4, 2012

Sebelum kita mencintai seseorang...





Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI kepada insan yang tak sudi..


Pada insan yang tak mengerti.. Kerana sekali kita memberi, selamanya dia di HATI.,
Kerana sekali kita dilukai , sampai bilabila tetap kita ingati..


Pesan lagi pada diri, hati-hati dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI...  =)






:: JOM! PESAN PADA DIRI::

Saturday, July 28, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Hari yang letih...


Assalamualaikum... semua sht tak? mesti terlebih sihat kan...huhu..
Hm..hari ni kita tak tau nak taip apa sebenarnya...tp tangan ni gatal sangat nak menaip..
Mungkin hati ni tengah penat and sedih sangat.....sebab.....
hari ni, kita banyak sangat MENGALAH.... (T_T)
 Sabar mira...


::SABAR KAN SEPARUH DRPD IMAN::


Allah menguji KEIKHLASAN HATI bila kita bersendirian..
Allah memberi KEDEWASAAN bila kita ditimpa masalah..
Allah melatih kita dengan KESABARAN dalam kesakitan..

Dan..

Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya DENGAN YANG LEBIH BAIK DARI YANG DISAYANG..

PERCAYALAH..

Monday, July 23, 2012

Jauh di sudut hati...



~Mereka kata aku USTAZAH kerana tudungku...
~Mereka kata aku SOLEHAH kerana acap kali aku post  mengenai artikel2 ilmiah, dakwah dan sebagainya..

TETAPI..
Jauh di sudut hatiku, Mahu saja aku MENANGIS sekuat hati..
Aku sedang BERTARUNG dengan diriku sendiri..
TIDAK MUDAH.
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati
Aku masih berada di LAUTAN KEKURANGAN
Kadangkala aku tergelincir kerana..
Jalan kehidupanku penbuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya aku KHILAF.
TERLUPA ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala terbayang.
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Dimanakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG TERAKHIR yang berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku..?  (T_T)

Sunday, July 22, 2012

Friday, July 6, 2012

Dear Future Husband ...



I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife, ever. INSHA'ALLAH.

I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, INSHA'ALLAH.

I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother. INSHA'ALLAH.

As long as you promise me one thing, HELP ME GET TO JANNAH.

Friday, May 4, 2012

Ya Abii...

Bismillah....


Dah berkurun rasanya tak update blog ni. Semenjak 2, 3, 4, 5 dan 6 menjak ni.. ana sibuk sangat. On facebook pun sekejap2 shj. Nak cakap bosan pun tak sempat. Ha, cuba bayangkan tu. Memang untunglah siapa yg masih ada masa nk cakap bosan tu..hehe =)

Bila dah sibuk, kadang kala, lupa nak bertanya khabar mak abah . Rindu memang rindu, setiap hari teringat sampai terbawa-bawa ke mimpi..he, sungguh ni..

Pagi tadi, lama jugak "bergayut" dengan mak abah. Iyelah, hari ni hari sabtu. Adalah masa terluang selain daripada berehat.. Tapi, tak sangka pula, abah merajuk. Abah ckp, ingat kan ana dah lupakannya. Oh, mana mungkin ana boleh lupakan insan yg paling ana sayang selain dari ibu ana. Tak sedar pula,khilaf ana. Maaf kan mira ye bah.. =)

Lepas ni, ana dah set kat minda, setiap hari ana perlu call mak abah. Tanya khabar. Macam kat asrama dulu.hehe. Setiap hari ana call, lepastu asyiklah tnya, "Mak rindu mira tak hari ni?" hehe..

Hm, moga esok lebih baik dari hari ini. Walaupun sibuk, ana tak boleh lupa untuk sentiasa taat dan menjadi yg anak solehah untuk mak abah. ..

Sekian.....
                                         
::ANAK MAK ABAH:: ^ ^

Saturday, March 31, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Abang dan Adik..


Suatu petang, seorang abang sedang membaiki kerusi adiknya yang patah dan diperhatikan oleh adik bongsunya..

Tiba-tiba, adik bongsunya bertanya kepadanya..

ADIK : Abang..

ABANG : Yaa..

ADIK : Apakah bukti yang Tuhan itu ada??

Abangnya tersentak lalu tersenyum.

ABANG : Hmm.. Sekiranya kerusi ini... Ada orang yang membuatnya.. Begitu juga alam semesta ini. Pasti ada yang menciptakannya. ITULAH BUKTI TUHAN ITU ADA =)


::TAK KENAL, MAKA TAK CINTA::

Monday, March 19, 2012

S.U.J.U.D


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan meperbanyakkan zikir dan doa didalamnya..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakan doa di dalamnya."


Banyak doa yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untu kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangya menjadi cita-cita kita dalam mencaro keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

:KEISTIMEWAANYA:

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila ALLAH hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah ALLAH , lalu mereka di keluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana ALLAH menegah neraka Jahanam memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu. Lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan di makan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah ALLAH memuliakan hamba-hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


::SEMOGA ALLAH REDHA:: ^ ^

Saturday, March 17, 2012

Bila hati telah berkarat...


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati ALLAH akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu akan semakin jauh dari ALLAH dan semakin tersesat dari jalan yang benar..

Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya."Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" . Maka jawab Rasullullah..

"Banyakkan mengingati MAUT dan membaca al-Quran..."

(Riwayat Baihaqi dan Ibn Umar)

Rasullullah bersabda:
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (al-Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong"

(Riwayat at-Tirmizi)

Bacalah untuk HATIMU..


Bayangkan kalau perkara ini berlaku pada kita :

Suatu hari pada waktu solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam, tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun ..lalu seorang daripada lelaki tersebut bertempik..

"Sesiapa yang sanggup mati kerana ALLAH berdiri di tempat kamu!"

Selepas mendengar amaran lelaki maka ramailah yang bertempiaran lari menyelamatkan diri, daripada jumlah 1000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata..

"Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang berpura2, dan sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat" .. Sambil kedua-dua lelaki tersebut bersedia untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat.


Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur.. anda fikirkanlah..

'Lawakkan, dari 1000 orang yang mengaku dirinya Islam, hanya 20 orang yang betul-betul beriman'

'Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya, Kedua lelaki hanya membawa mesin gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang amat lemah, baru kena ugut terus lari lintang pukang... lupa yang dia tak solat Jumaat lagii...

'Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, tu pun bila time solat Jumaat.. Tunjuk muka kat orang kampung.. dan lebih dahsyat lagi, setahun 2 kali je.. bila time sembahyang hari raya...

'Lawakkan, berapa ramai yang lebih percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh majalah daripada apa yang tercatit dalam al-Quran...

'Lawakkan, berapa ramai yang percaya yang dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal..tetapi berlumba-lumba mengejar dunia...

'Dan lebih lawak lagi bila kita boleh post banyak threat atau email berunsur lawak jenaka dan sewaktu dengannya ke semua tempat tetapi merasa berat untuk berkongsi dan nak hantar artikel2 berunsur agama......

... Banyaknya khilaf kita, dan tanpa sedar.. selalu buat Alah kecewa dengan kita.. Ya Allah.. maafkan kami.. :'(


::KITALAH GENERASI ACUAN AL-QURAN.. WailallAllah astaghithu::

Friday, March 16, 2012

Khilafku padamu~ Sahabat


Nikmat yang paling berharga selepas Iman dan Islam, adalah SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh~ SAIDINA UMAR AL-KHATTAB ^ ^


Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala, keresahan di jiwa
Yang tak pernah ku ingini..

Aku telah pun sedaya, tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin, berderai bagaikan kaca
Oh Teman, Maafkanlah diriku...

Aku tidakkan berdaya,
Menahan hibanya rasa, kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi... :'(

***********************

Sahabat ibarat satu janji dalam hati, tak dapat ditulis, tak dapat dibaca, takkan terpisah oleh jarak, takkan sirna oleh amarah, setitik dimata selamanya dijiwa..
Sahabat, aku tidak tahu, sedalam mana keikhlasanmu ketika bersahabat denganku, dan aku sedar, diriku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Dan kerana itulah, ku mohon jangan kau cari kesempurnaan dimataku ini, kerana aku gusar kau tidak akan menemuinya..maka kau akan meninggalkan aku. Sedangkan aku hanyalah insan yg bergelar manusia, yg layak untuk bahagia. :(

Waktu Mustajab Berdoa


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Di antaranya ialah ::


: SEMASA LAILATUL-QADAR

: KETIKA HUJAN TURUN

: KETIKA MEMULAKAN DAN SELESAI SOLAT

: KETIKA MENGHADAPI BARISAN MUSUH DI MEDAN PEPERANGAN

: DI TENGAH MALAM

: DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH

: KETIKA SUJUD DALAM SOLAT

: KETIKA IKTIDAL AKHIR DALAM SOLAT

: KETIKA (KHATAM) MEMBAWA 30 JUZ AL-QURAN

: SEPANJANG MALAM, PALING UTAMA SEPERTIGA AWAL DAN SEPERTIGA AKHIR (WAKTU SAHUR)

: MALAM JUMAAT DAN SEPANJANG HARI JUMAAT KERANA MENGHARAPKAN BERSUA DENGAN SAAT IJABAH (DIPERKENANKAN DOA) YANG TERLETAK DI ANTARA TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAM MATAHARI PADA HARI JUMAAT

: DI ANTARA WAKTU ZUHUR DAN ASAR DAN ANTARA WAKTU ASAR DAN MAGHRIB

Thursday, March 15, 2012

Lelaki Yang Dirindui



DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA MENDONGAK MEGAH
LELAKI KAMI ASADULLAH, SAIFULLAH
TOKOH RAMAI TAK TERKIRA

SEKARANG,
BILA DISEBUT LELAKI
WANITANYA MENUNDUK LEMAH
TOKOH KAMI SEDIKIT SEKALI
RAMAINYA BONEKA YAHUDI

DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA TENANG DIHATI
LELAKI KAMI MENJAGA, MELINDUNGI

KINI,
BILA DISEBUT LELAKI
WANITANYA MAHU CABUT LARI
LELAKI KHIANAT, PEROGOL BERSIRI

DULU,
BILA SEORANG WANITA TERANIAYA
SEPASUKAN KUDA PUTIH MEMBELA
AL-MUTASIM KEBANGGAAN WANITA

KINI,
RAMAI WANITA SUCI DIPENJARA
DIPERKOSA MINTA DIBELA
LELAKI TUNDUK TAK BERTENAGA

,



Sanah Helwah ya Ummi


13 MARCH ..
SANAH HELWAH YA UMMI..
MOGA SENTIASA MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH, IBU MITHALI, DAN WARGA AKHIRAT YANG DIRAHMATI..
ANA UHIBBUKI JIDDAN!!! ^^

::BOnda, terima kasih atas segalanya
Kerana kau telah mengenalkan kami kepada Tuhan Yang Maha Esa..
Kau tunjukkan kami jalan untuk ke sana,
Negara akhirat yang kekal abadi selamanya::

Monday, March 12, 2012

HambaMu - Mawi ft. Akhil Hayy

lirik lagu ::Hambamu::


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang.. (Allah)..
Tunjukkan jalan seandainya hilang.. (Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisi Mu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya dihati terang.. (Allah)..
Tunjukkan jalan seandainya hilang.. (Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya dihati terang..(Allah)..
Tunjukan jalan seandainya hilang..(Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisiMu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


::Lagu ni bagus untuk semangat, jangan putus asa!:: ^ ^

.....................

Wahai wanita solehah..
jangan risau tentang jodohmu
kerana muslimin yang baik dan bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikanya, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya.Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.
Andai belum tiba jodohmu,
anggaplah Adam yang kau nantikan itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan. Dan Adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu..


Tetapi..
solehahkah diriku..
hmm..
::muhasabah diri::


Sunday, March 11, 2012

Saat hamba kecewa, Kau beri bahagia..

Kita mulakan dengan bismillah..


Sekarang jam menunjukan pukul 11 malam. Tadi selepas menunaikan fardhu maghrib, Umar Mujahid (nama handphone ana) menjerit-jerit minta diangkat. Pelik juga, siapalah yang rindu ana ni (hehe, gurau je). Bila tengok nama pemanggil, "oh! my BFF la., hajar rupanya.." ^^

Bila hajar bagitau sahaja tujuan dia telefon ana. Hati ini bagaikan disimbah air sejuk, yang teramat sejuk. Hilang terus perasaan sedih yang ana rasa sepanjang hari ini. Sungguh, perasaan kecewa yang bermukim dihati ini, Allah hilangkan dengan sekelip mata sahaja. Subhanallah, betapa baiknya Allah.. (T__T)


Memang sejak pagi tadi, hati ini rasa sedih sangat. Tidak tahu mengapa. Dan untuk menghilangkan rasa itu, ana cuba banyakkan membaca.. hinggalah ana jumpa satu ayat ini.. "Banyak mana ujian yang Allah beri pada kita, Banyak itulah kasih sayang Allah pada kita.."
Ya, ana percaya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ana sebagai hamba perlu berusaha untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya..

Dan saat ni, Berita gembira yang hajar sampaikan tadi betul2 buat ana rasa bersyukur sangat2. Bibir ini tersenyum dari tadi. Terima kasih ya Allah atas rasa ini.. Terima kasih Ya Rahman kerana beriku peluang sekali lagi.. Permudahkanlah segalanya,, kerana segalanya tidak akan terjadi tanpa izin-Mu..

::Saat Hamba Kecewa. ALLAH Beri ku Bahagia:: ^ ^

Friday, March 9, 2012

CEMBURU!


Kita mulakan dengan bismillah.. ^ ^

Cemburu. Ya itu topiknya. Ana cemburu sangat dengan mereka yang PENDIAM. Mereka yang lebih banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Masa di Maahad dulu, ade seorang sahabat ana yang memang pendiam. Bila kami sibuk bercerita..(hehe) dia hanya tersenyum je. Cuma kadang-kadang sahaja dia berkongsi cerita.

Dan sebenarnya, jauh di sudut hati ini, cemburu dengan dia. Nak sangat tiru SIFAT dia, sebab ana dah lama jatuh hati dengan sifat itu. Begitulah.. orang baik, mestilah kita jatuh cinta dengan sifat mahmudah dia kan ^ ^



Terdapat juga hadis Rasulullah yang memberi peringatan kepada mereka yang banyak ngomongnya..

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, nescaya neraka adalah tempat utama baginya"

Lihatlah, betapa tegasnya Rasulullah ketika memberi peringatan kepada ummatnya yang mudah lupa ini..


Lagipun, banyak kelebihan yang kita boleh dapat seandainya kita suka berdiam diri..
Antaranya ialah..

::Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
::Perhiasan tanpa berhias

::Kehebatan tanpa kerajaan

::Kekayaan tanpa meminta maaf dari orang

::Istirehat bagi dua malaikat pencatat amal

::Menutup segala aib


Marilah sama-sama kita koreksi diri kerana segala yang diciptakan oleh Pencipta kita bukanlah suatu yang sia-sia. Berhati-hatilah menggunakan lidah yang diberi.. Kerana setiap perkataan akan di hitung..

~Menasihati orang tidak bersalah. yang salahnya kita memikirkan dan mengingati kesalahan orang lain..

Baiklah sampai sini sahaja bicara ana dan Segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari apa yang diciptakan-Nya atas kelemahan diri ana sendiri..


::KE ARAH MEREALISASIKAN SIFAT PENDIAM::