Wednesday, May 22, 2013

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

 1. Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. 

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak-anak lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Thursday, May 9, 2013

Salam Jumaat =)


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Thursday, May 2, 2013

10 nasihat jadi isteri solehah


INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.

Thursday, April 11, 2013

Cerita hati.

Bismillah..
Terasa seperti ingin berkongsi rasa di blog kesayangan.Bukan meluahkan perasaan, cuma berkongsi rasa. Iya, rasa hati. Hidup sebagai seorang hamba, memang layak di uji tetapi adakalanya hati kecil ini mempersoalkan. Kenapa ana? Kenapa bukan dia? Bukan mereka? Yang perlu merasai perit,luka dan sakit di hati. Tetapi ketika itu juga, iman menegur penuh kasih. Bukankah tarafmu hanya sekadar hamba. Bukankah ramai lagi mereka2 di luar sana yg sedang menanggung ujian yg mungkin engkau juga tidak mampu melaluinya. Ada lagi insan yg lebih sakit menangung derita berbanding engkau. Tidak sedarkah engkau, semakin syg Allah kpd hambanya semakin bnyaklah ujian yg akan diberikanNya.
Sentap!
Ah! Hati mengeluh lagi. Kenapa ana pentingkan diri. Kenapa ana tidak bersangka baik kpd mereka. Apatah lagi kpd Tuhan yg menciptakan ana..
Air mata mengalir lagi. Malah makin deras..


Sunday, April 7, 2013

air mata ustzahku...


Qani'ah Syumaila mendesak Ustazah Huda menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia sukar percaya bagaimana suami sepenyayang ustaz boleh berubah hati. Dia mahu mengambil iktibar daripada penangan kehidupan. Ustazah Huda tidak menghampakannya kali ini.


Qani’ah Syumaila,
Dia meminta ustazah menjadi Sarah,
Mencarikan Hajar untuk suaminya.
Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,
Tidak berusaha mencari yang kedua,
Meskipun isterinya mandul sekian lama,
Kerana…
Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,
Kondisi Sarah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,
Rela dimadukan suami,
Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,
Tidak rela memadukan Khadijah,
Walau dengan mengambil hamba,
Kerana…
Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,
Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,
Tidak membantah dan tidak menegah,
Agar senang masuk ke jannah,
Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,
Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,
 Sama ada menduakan atau menceraikan,
Kerana…
 Suami bukan Tuhan,
 Fatimah lebih rela kehilangan,
daripada dirasuk kecemburuan,
Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,
Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,
Kondisi ustazah sama sepertinya.




Qani’ah,
Dia meminta ustazah positif dengan poligami,
Ustazah memintanya positif dengan perceraian,
Kerana…
Dalam suasana poligami,
Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum Ilahi,
Sebagai seorang isteri mithali,
Perceraian itu lebih mengubatkan hati,
Meskipun ia amat berat sekali,
Mujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani’ah,
Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,
Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,
Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?
Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?
Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,
Daripada keadaan yang buruk dan susah,
Kepada keadaan yang baik dan mudah,
Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,
Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.

Dengan cinta  Pencipta, nyahlah segala duka. 
Yang ada cuma bahagia.

Saturday, April 6, 2013

saat paling bahagia buat suami

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?"
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di syurga.."
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)





Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)



::Ya Allah, jadikan lah hmba anak yg taat, isteri yg solehah, ibu yg mithali dan wanita yg dirahmati. Jadikanlah hamba bidadari dunia untuk sang suami. Penenang jiwanya, penyejuk hati, peneman setia, dan ibu yang penyayang untuk anak2 nya. Moga hambalah penemannya di syurga nanti. :')

Tuesday, January 1, 2013

Inilah tanda CINTA ana.. =)




“Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW, seorang lelaki seraya berkata : Wahai Rasulullah SAW! Ada orang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi dia tidak dapat bersama dengannya kelak (di hari kiamat). Maka Bersabda Nabi SAW. Orang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintai.”

Sahih Bukhari dan Muslim


Actually, not that simple!

Hasan Al-Basri memberi komen akan hadis ini, nak dengar?

“Wahai anak Adam! Jangan pula sampai engkau terpedaya dengan bicara orang yang mengetakan ‘engkau bersama-sama dengan orang yang engkau mencintainya’, sebab siapa mencintai suatu kaum, mestilah dia mengikut jejak langkah kaum itu. Ketahuilah, bahwa engkau tidak dapat masuk ke dalam golongan orang-orang yang baik sehingga engkau mengikuti jejak langkah mereka, mencontohi petunjuk mereka, menuruti jalan mereka, engkau berpagi dan berpetang berdiri di atas selok-belok kehidupan mereka, supayang engkau menjadi salah seorang daripada mereka.”

marilah sama-sama kita MENCINTAI dan MENCONTOHI. =)

kenangan di DUAI !! :'(

Assalamualaikum.. 
wah..dah berkurun tak update beloggg..pekabaree... sihat2 semua ? =)
Hm..Petang ni ana nak kongsi sikit kenangan  di DUAI (Darul Ulum Al Islamiyah) tempat ana bekerja.. Memang ana merancang untuk kerja lama disitu. Apatah lagi cinta ana semakin bercambah di madrasah itu. Tetapi..ana lupa.. sebaik mana pun rancangan kita.. rancangan Allah lah adalah yg terbaik. Kita semua dalam perancangan Allah :')  *ayat ni...ayat seorg hamba Allah tu..habaq kat ana* ;)

Antara kenangan yg selalu ana teringat (bersama pengetua)~

UMMI - " Ustazah amira, tolong garang dan marah sikit dengan pelajar.sebab ustazah tak garang dengan pelajar."

ANA-   " Hm.. nanti pelajar benci.. "

UMMI- "Percayalah cakap ummi, sekarang ni.. mungkin kita lah ustazah yg mereka benci. tp nanti bila  mereka dah besar nanti. Mereka pasti akan  hargai. Ustazah tegur..ustzah marah..tanda sayang.. "

ANA - "InsyaAllah ummi.."

UMMI - "Tapi ingat, lepas garang dengan pelajar.jangan jauhi mereka.dekati mereka balik. Dengar luahan mereka. nasihat kan mereka dgn penuh kasih. buat lah krn ALLAH..."


Betul kata Ummi, :'(
Bila ana bagitahu pelajar masa malam terakhir ana dekat madrasah. Semua datang peluk ana. Menangis minta maaf dan tak bagi ana pergi. Allah.. time tu..air mata ni dah macam sungai nil dah...
Dan pelajar tak bagi ana masuk bilik malam tu. sebabnya esok pagi ana akan balik. Sedar tak sedar, time tu dah pukul 3.30 pagi dah.. mata ni berat sangat. Sampai ana tak larat nak berbual and nasihat diorg. Barulah diorg lepaskan ana.tu pun siap hantarkan ana ke bilik ustazah. hehe.
lepastu, sepanjang mase tu.. ramai sangat posmen hantar surat, kad, hadiah, selendang, jam, coklat n biskut.hehee. Ana kata kata diorg, ana hargai semua ni, tapi sejujurnya. ana tak perlu semua ni.yang ana nak daripada mrk hanyalah berjaya menjadi hafizah dan ustzah alimah. Jika tak mampu, jadilah insan yang solehah, yang suka berbakti, dan mampu menjadi qudwah hasanah kpd org lain. Itulah selayaknya.

*********


Sedih baca.. Mengalir air mata.. :(
*sayang sangat dekat antunna*



Antara kad2 yang mereka bagi..  :'(
*sambil lap air mata....


ustazah masukkan dalam instagram tau!. :p


kad2 mereka yg penuh dengan doa2 terindah.. =)


Antara kata2 syafikah yg membuatkan kaki ini berat untuk melangkah pergi.. :(

ustazah syafiqah ~ Mira, janganlah tinggalkan ana.. ana nak ngajar sama2 dengan enti.. sunyi nanti enti tak ada..enti tak sayang ana ke?

 dan kata2 pelajar yang tak mampu ana coret kn disini.. =(


Allahurabbi... DUAI sentiasa dihati!! :')