Monday, August 30, 2010

august besday ;)


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu berdua,
Allah selamatkan kamu.. ;)

25 Ogos besday abby (fara waheeda) ;) sdare ksygn ana..hehe...
ab skrg kt poli..gd luck ye ab..
30 Ogos besday syeqa..shbt lama ana mse dkt
madrasah dulu...da besar da enti ye..da 16 taun da..
kat sini ana nk wish hepi besday..
semoga pnjng umur,murah rzki dan smoga enti sntiasa sbr dn tabah ktk mnghadapi
sgla dugaan & cabaran pd masa akn dtg..insyaAllah..hm..enti kne ingat ye,
dimana ada kemahuan,disitu ada jalan,,,
so yg penting kita kne usaha!! ;)

Saturday, August 28, 2010

s-a-h-a-b-a-t



siti hajar farah fatin marwah

khairiyah diyana amal hidayu

diana syafikah fatin izzati

syafiqah syahira



bulan ramadhan,,



Alhamdullillah..
lg seminngu lagi umat islam akn beRAYA!!hehe...
mesti ramai yg cat umah,da tempah kuih,baju raye pun mesti nk dekat sebakul kn,,,?
ish3..xelok 2 kawan2,kita beraya dgn cara yg berserdahana je la..
pembaziran kan amalan syaitan..mesti dia suka
kalau kita ikut amln dia tu,,,
nauzubillah..

Tapi,walaupun raya nk dkt mnjelma nie
mesti sebahagian umat islam rasa sedihkn..hm..termasuklah ana,,
kita tak tau tahun depan kita dapat lagi ke tak berpuasa dlm bulan ramadhan nie,,bulan yang
mulia dan penuh dgn barakah..hanya dalam bulan ramadhan jelah kita dapat solat tarawikh..
bulan lain tak ade kn? :(

Kawan2,marilah sama2 kita hayati bulan
ramadhan nie..jangan lah kita fikir raya shj,,kita rebutlah peluang melakukan amal ibadah dan kebajikan di bulan penuh barakah nie,,sbb kita tak tau,,tahun hadapan kita masih bernyawa
lagi atau tidak,,semuanya diluar kuasa kita,,,

Kita perbanyakkanlah sedekah
pada fakir miskin,anak yatim & orang yang lebih memerlukan,,insyaAllah setiap amal kebaikan
yang kita buat pasti ade ganjarannya,,tapi jgn la kita buat kebaikn tu hnya untuk mnendapatkn ganjaran..lakukanlah kerana mngharap keredhaan Allah..kita lakukan semua tu krn cinta
kita kepada Allah..seorang kekasih pasti akan melakukan apa sahaja dan
berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kn,,,

Suka saye dengan
bait kata-kata RABIATUL ADAWIYAH..
"Ya Allah,aku menyembah-Mu bukan kerana aku takut akan neraka-Mu..
Tetapi kerana kemuliaan cintaku pada-Mu "

Lihatlah kawan2..
Rabiatul adawiyah menghambakan dirinya pada Allah,bukan kerana mengharapkan ganjaran
semata-mata,tetapi kerana cintanya pada Allah..

Oleh itu,
marilah sama-sama kita bermuhasabah kita diri kita,,
kita renung sedalam-dalamnya..InsyaAllah nikmat ramadhan pasti kita akn rasa..malah
kita akan berasa terlalu syahdu bila raya menjelma,,ingat, tak semua makhluk di muka bumi ini gembira bila tibanya raya,,jadi sebagai umat islam,kita hendaklah sentiasa bersyukur,,
kerana terlalu sedikit golongan yang bersyukur dlm kalangan
umat Nabi Muhammad ini.

Friday, August 27, 2010

memang ALLAH sengaja..



Memang Allah sengaja,
menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita menjadi manusia
yang hebat jiwanya..

Memang Allah sengaja,
menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita sedar cinta yang terbaik
hanya kepada
ALLAH..

Thursday, August 26, 2010

PadaMu Kubersujud...

Kau tempatku meminta,Kau beri ku bahagia...Tiada yang bisa
ku lihat selain nama-MU...

pentingnya siLaturrahim~



Allah berfiman ertinya:

"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya,
kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan,dan janganlah kamu
menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros" (Q.S al-Isra' :26)

Dalam firman lain menyatakan:

"Sembahlahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukannya dengan
sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa,karib kerabat,anak-anak yatim, orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat ibn sabil..
(Q.S an-Nisa' :36)


Orang-orang yang suka menyambungkan
silaturrahim akan mendapat keberkahan dalam rezeki dan bertambah umurnya.
Rahamat Allah akan sentiasa tercurah kepadanya didunia dan di akhirat.
Ia akan dicintai dan dihormati. Sebaliknya orang yang suka memutuskan tali
silaturrahim akan mendapat kesengsaraan,bencana, dan kebencian dari Allah & ,manusia.
Di akhirat nanti akan dijauhkan dari syurga....

Ternyata,silaturrahim membawa keberkahan rezeki dan umur
seseorang yang suka menyambungnya.

Ibn Umar r.a berkata "Barangsiapa yang bertaqwa kepada tuhannya,
dan menyambungkan silaturrahim,akan dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya"
(H.R BUKHARI)

Cukuplah bagi orang yang suka memutuskan tali silaturrahim
merasakan kesengsaraan,bencana apabila mendengar sabda Rasullullah s.a.w :
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturrahim. (H.R Mutaffaqun alaihi)

Oleh kerana itu,Abu Hurairah r.a tidak mahu berdoa disebuah tempat yang didalamnya
ada orang yang memutuskan tali silaturrahim. Kerana akan menjadi penghalang turunnya rahmat dan dikabulkannya doa.

Seorang muslim yang mempunyai
perasaan halus dan sentiasa mncari keredhaan Allah dan keselamtan diakhirat.Pasti akan tergugah hatinya apabila mengetahui bhw memutuskan tali silaturrahim akan menutupi
turunnya rahmat,doa tidak dimakbulkan dan menggagalkan pahala sebuah pekerjaan.
Beramal tetapi tidak diterima di sisi Allah, dan mengharap rahmat Allah tetapi rahmat itu menjauhinya. Dan tidak dapat dibayangkan sama sekali bhw suatu saat seorang muslim sejati akan memutuskan tali silaturrahim..



Monday, August 16, 2010