Sunday, February 12, 2012

S.A.H.A.B.A.T


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum semua, rasanya belum pernah lagi ana menceritakan tentang sahabat2 ksygn ana kan, dan malam ni, hati ini terdetik untuk melakar nama mereka di sini.. Allahurabbi! =)

***************

:SITI HAJAR:
Luahan hati,selalu aku sandarkan di bahumu. Nasihatmu membuatkan aku bangun kembali setelah jatuh beribu kali. Syukran sahabat, walaupun kta jauh beribu batu, tetapi ukhuwah kita tetap erat hingga ke hari ini. Kata-kata hikmah yang kau selitkan di dalam al-Quran ku, akan ku ingat sampai mati.. insyaAllah..

:UMMU SYAHIRAH:
Teman susah dan senang, amat layak untukmu,walau tidak dapat ku kira dengan jari, khilaf ku padamu tetapi kau tetap setia di sisiku. Ketabahanmu menghadapi ujian, membuatkan aku kagum untuk berjuang bersamamu. Kelembutan yang ada dalam dirimu, membuatkan aku malu dengan sikapku sendiri.. tetapi senyummu menjadikan aku manusia yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan!

:SITI KHADIJAH:
Tidak tahu kenapa, bila berbicara denganmu, aku tidak henti-henti ketawa. Engkau pun pelik..apalah yang kelakar? soal kamu pada ku.. Tetapi aku amat selesa denganmu, kerana ketika kau bermain, kau akan bermain sepuas hati dan bila kau belajar, kau akan belajar sepenuh hati.. Kesungguhanmu dalam sesuatu perkara, membuatkan aku juga terkena tempiasnya. =)

:NUR SYAFIKA:
Gaduh+debat+lawan
Selalu berlaku diantara kita. Tetapi di akhirnya pasti mengundang tawa. Riak muka mu selalu mengundang senyum diwajahku. Kepandaianmu selalu menerbitkan rasa cemburu di hatiku.. Hingga pernah ku bisik di dalam hati, aku bukan lawanmu..TETAPI jangan tersenyum dulu. kerana akan datang, aku pasti akan mendahuluimu.. Faham??!! huhuhu ;p

:NUR KHAIRIYAH:
Bagaikan seorang ibu, seyesly, aku akan rasa selamat bila ada kamu disitu. Sifat tenangmu dalam menyelesaikan sesuatu perkara mampu menghilangkan resah dihatiku. Dan aku juga senang berkongsi cerita denganmu. Pendapat dan pandangan yang kau lontarkan kepada ku.. akan buat ku sedar akan khilaf diri.. dan satu yang aku tidak lupa terhadapmu.. Ada satu saat itu, kau sangat sabar melayan karenahku!! syukran ya habibi!

:DIYANA ROSLI:
Diyana Roselle..hehe.. kadangkala aku panggil kamu begitu.. Ramai kata kita kembar. eh? sama ke? hehe..mungkin sbb braces atau kite sering bersama, ramai yg keliru, ade yang pnggil diri ni diyana, dan ade yang panggilmu mira. Walau mcmmanapun, kau tetap sahabat terbaikku..jaga diri ya di Sarawak sana.. =)
:NURUL AFIQAH:
Entah mengapa, bila teringatkan kamu, aku pasti akan tersenyum. Kata-kata mutiara yang pernah diucapkanmu membuatkan aku "tersengih" sepanjang hari..hehee . Rindunya kat kamu.. Di antara kita semua, engkaulah yang paling banyak beralah. Tetapi bila kamu merajuk..wah! agak sukar ye untuk dipujuk..hehe

________
Sebenarnya, ramai sangat sahabat terhebat ana, tak mampu nak menceritakan semuanya, kerana segala yang baik ada pada mereka..mereka itu di antaranya..

:FARAH FATIN:
:FATIN NUR IZZATI:
:HIDAYU RAZALI:
:AMAL AZMI:
:SYAFIKAH SYAHIRAH:
:DIANA RAHMAN:

DAN LAIN-LAIN..hehee