Tuesday, October 10, 2017

Setahun Dua Bulan..



Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah setahun 2 bulan rupanya usia perkahwinan ini.
Sekian lama tak update blog, entah apa mimpi hari ni rajin pula menaip. huhu

13 ogos 2016 aku bernikah dengan seorang lelaki yg amat ku kagumi. Bagaikan mimpi bila teringat kembali. Setiap suka duka, manis dan tawa tercatat dalam memori ..Kadang mcm tak percaya. Eh isteri org dah rupanya aku ni. Huhu

Alhmdulillah..dalam masa setahun 2 bulan ni, aku jalani kehidupan berumahtangga ini dgn penuh cabaran dan manisan. Segalanya mengajar aku erti matang dalam kehidupan. Tangis tawa, suka duka segalanya adalah pengalaman.

Aku akui...Menjadi seorang isteri yang solehah, mithali kadang kala bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang kita ego, kadang rajuk menerpa, kadang tarik muka, kadang taknak bersapa,,haha mngadaaaaa,, Sebagai isteri, Kita perlu jaga makan pakainya, perlu jaga tutur kata, perlu jaga hartanya dan segalanya harus dijaga.. Barulah solehah namanya... tapiiiiiiiii bkn sng..sbb kita ni kdg cuma manusia biasa je, tak lepas dari salahdan dosa...soryyyyyyy suamiku sayang.. ;p

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah.. aku jalani kehidupan ini dgn penuh rasa bahagia dan cinta. Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ini hinga ke syurgaaaa.. Ameenn. Aku doakan jua semua kawan2ku temui pasangan yg soleh dan solehah dan bahagia hingga ke jannah...Ameeennn ya Allah..