Saturday, March 31, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Abang dan Adik..


Suatu petang, seorang abang sedang membaiki kerusi adiknya yang patah dan diperhatikan oleh adik bongsunya..

Tiba-tiba, adik bongsunya bertanya kepadanya..

ADIK : Abang..

ABANG : Yaa..

ADIK : Apakah bukti yang Tuhan itu ada??

Abangnya tersentak lalu tersenyum.

ABANG : Hmm.. Sekiranya kerusi ini... Ada orang yang membuatnya.. Begitu juga alam semesta ini. Pasti ada yang menciptakannya. ITULAH BUKTI TUHAN ITU ADA =)


::TAK KENAL, MAKA TAK CINTA::

Monday, March 19, 2012

S.U.J.U.D


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan meperbanyakkan zikir dan doa didalamnya..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakan doa di dalamnya."


Banyak doa yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untu kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangya menjadi cita-cita kita dalam mencaro keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

:KEISTIMEWAANYA:

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila ALLAH hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah ALLAH , lalu mereka di keluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana ALLAH menegah neraka Jahanam memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu. Lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan di makan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah ALLAH memuliakan hamba-hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


::SEMOGA ALLAH REDHA:: ^ ^

Saturday, March 17, 2012

Bila hati telah berkarat...


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati ALLAH akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu akan semakin jauh dari ALLAH dan semakin tersesat dari jalan yang benar..

Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya."Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" . Maka jawab Rasullullah..

"Banyakkan mengingati MAUT dan membaca al-Quran..."

(Riwayat Baihaqi dan Ibn Umar)

Rasullullah bersabda:
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (al-Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong"

(Riwayat at-Tirmizi)

Bacalah untuk HATIMU..


Bayangkan kalau perkara ini berlaku pada kita :

Suatu hari pada waktu solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam, tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun ..lalu seorang daripada lelaki tersebut bertempik..

"Sesiapa yang sanggup mati kerana ALLAH berdiri di tempat kamu!"

Selepas mendengar amaran lelaki maka ramailah yang bertempiaran lari menyelamatkan diri, daripada jumlah 1000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata..

"Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang berpura2, dan sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat" .. Sambil kedua-dua lelaki tersebut bersedia untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat.


Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur.. anda fikirkanlah..

'Lawakkan, dari 1000 orang yang mengaku dirinya Islam, hanya 20 orang yang betul-betul beriman'

'Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya, Kedua lelaki hanya membawa mesin gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang amat lemah, baru kena ugut terus lari lintang pukang... lupa yang dia tak solat Jumaat lagii...

'Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, tu pun bila time solat Jumaat.. Tunjuk muka kat orang kampung.. dan lebih dahsyat lagi, setahun 2 kali je.. bila time sembahyang hari raya...

'Lawakkan, berapa ramai yang lebih percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh majalah daripada apa yang tercatit dalam al-Quran...

'Lawakkan, berapa ramai yang percaya yang dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal..tetapi berlumba-lumba mengejar dunia...

'Dan lebih lawak lagi bila kita boleh post banyak threat atau email berunsur lawak jenaka dan sewaktu dengannya ke semua tempat tetapi merasa berat untuk berkongsi dan nak hantar artikel2 berunsur agama......

... Banyaknya khilaf kita, dan tanpa sedar.. selalu buat Alah kecewa dengan kita.. Ya Allah.. maafkan kami.. :'(


::KITALAH GENERASI ACUAN AL-QURAN.. WailallAllah astaghithu::

Friday, March 16, 2012

Khilafku padamu~ Sahabat


Nikmat yang paling berharga selepas Iman dan Islam, adalah SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh~ SAIDINA UMAR AL-KHATTAB ^ ^


Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala, keresahan di jiwa
Yang tak pernah ku ingini..

Aku telah pun sedaya, tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin, berderai bagaikan kaca
Oh Teman, Maafkanlah diriku...

Aku tidakkan berdaya,
Menahan hibanya rasa, kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi... :'(

***********************

Sahabat ibarat satu janji dalam hati, tak dapat ditulis, tak dapat dibaca, takkan terpisah oleh jarak, takkan sirna oleh amarah, setitik dimata selamanya dijiwa..
Sahabat, aku tidak tahu, sedalam mana keikhlasanmu ketika bersahabat denganku, dan aku sedar, diriku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Dan kerana itulah, ku mohon jangan kau cari kesempurnaan dimataku ini, kerana aku gusar kau tidak akan menemuinya..maka kau akan meninggalkan aku. Sedangkan aku hanyalah insan yg bergelar manusia, yg layak untuk bahagia. :(

Waktu Mustajab Berdoa


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Di antaranya ialah ::


: SEMASA LAILATUL-QADAR

: KETIKA HUJAN TURUN

: KETIKA MEMULAKAN DAN SELESAI SOLAT

: KETIKA MENGHADAPI BARISAN MUSUH DI MEDAN PEPERANGAN

: DI TENGAH MALAM

: DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH

: KETIKA SUJUD DALAM SOLAT

: KETIKA IKTIDAL AKHIR DALAM SOLAT

: KETIKA (KHATAM) MEMBAWA 30 JUZ AL-QURAN

: SEPANJANG MALAM, PALING UTAMA SEPERTIGA AWAL DAN SEPERTIGA AKHIR (WAKTU SAHUR)

: MALAM JUMAAT DAN SEPANJANG HARI JUMAAT KERANA MENGHARAPKAN BERSUA DENGAN SAAT IJABAH (DIPERKENANKAN DOA) YANG TERLETAK DI ANTARA TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAM MATAHARI PADA HARI JUMAAT

: DI ANTARA WAKTU ZUHUR DAN ASAR DAN ANTARA WAKTU ASAR DAN MAGHRIB

Thursday, March 15, 2012

Lelaki Yang Dirindui



DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA MENDONGAK MEGAH
LELAKI KAMI ASADULLAH, SAIFULLAH
TOKOH RAMAI TAK TERKIRA

SEKARANG,
BILA DISEBUT LELAKI
WANITANYA MENUNDUK LEMAH
TOKOH KAMI SEDIKIT SEKALI
RAMAINYA BONEKA YAHUDI

DULU,
BILA DISEBUT LELAKI,
WANITANYA TENANG DIHATI
LELAKI KAMI MENJAGA, MELINDUNGI

KINI,
BILA DISEBUT LELAKI
WANITANYA MAHU CABUT LARI
LELAKI KHIANAT, PEROGOL BERSIRI

DULU,
BILA SEORANG WANITA TERANIAYA
SEPASUKAN KUDA PUTIH MEMBELA
AL-MUTASIM KEBANGGAAN WANITA

KINI,
RAMAI WANITA SUCI DIPENJARA
DIPERKOSA MINTA DIBELA
LELAKI TUNDUK TAK BERTENAGA

,



Sanah Helwah ya Ummi


13 MARCH ..
SANAH HELWAH YA UMMI..
MOGA SENTIASA MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH, IBU MITHALI, DAN WARGA AKHIRAT YANG DIRAHMATI..
ANA UHIBBUKI JIDDAN!!! ^^

::BOnda, terima kasih atas segalanya
Kerana kau telah mengenalkan kami kepada Tuhan Yang Maha Esa..
Kau tunjukkan kami jalan untuk ke sana,
Negara akhirat yang kekal abadi selamanya::

Monday, March 12, 2012

HambaMu - Mawi ft. Akhil Hayy

lirik lagu ::Hambamu::


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang.. (Allah)..
Tunjukkan jalan seandainya hilang.. (Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisi Mu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya dihati terang.. (Allah)..
Tunjukkan jalan seandainya hilang.. (Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya dihati terang..(Allah)..
Tunjukan jalan seandainya hilang..(Allah)..
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisiMu ku berserah
Terimalah ku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


::Lagu ni bagus untuk semangat, jangan putus asa!:: ^ ^

.....................

Wahai wanita solehah..
jangan risau tentang jodohmu
kerana muslimin yang baik dan bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikanya, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya.Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.
Andai belum tiba jodohmu,
anggaplah Adam yang kau nantikan itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan. Dan Adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu..


Tetapi..
solehahkah diriku..
hmm..
::muhasabah diri::


Sunday, March 11, 2012

Saat hamba kecewa, Kau beri bahagia..

Kita mulakan dengan bismillah..


Sekarang jam menunjukan pukul 11 malam. Tadi selepas menunaikan fardhu maghrib, Umar Mujahid (nama handphone ana) menjerit-jerit minta diangkat. Pelik juga, siapalah yang rindu ana ni (hehe, gurau je). Bila tengok nama pemanggil, "oh! my BFF la., hajar rupanya.." ^^

Bila hajar bagitau sahaja tujuan dia telefon ana. Hati ini bagaikan disimbah air sejuk, yang teramat sejuk. Hilang terus perasaan sedih yang ana rasa sepanjang hari ini. Sungguh, perasaan kecewa yang bermukim dihati ini, Allah hilangkan dengan sekelip mata sahaja. Subhanallah, betapa baiknya Allah.. (T__T)


Memang sejak pagi tadi, hati ini rasa sedih sangat. Tidak tahu mengapa. Dan untuk menghilangkan rasa itu, ana cuba banyakkan membaca.. hinggalah ana jumpa satu ayat ini.. "Banyak mana ujian yang Allah beri pada kita, Banyak itulah kasih sayang Allah pada kita.."
Ya, ana percaya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ana sebagai hamba perlu berusaha untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya..

Dan saat ni, Berita gembira yang hajar sampaikan tadi betul2 buat ana rasa bersyukur sangat2. Bibir ini tersenyum dari tadi. Terima kasih ya Allah atas rasa ini.. Terima kasih Ya Rahman kerana beriku peluang sekali lagi.. Permudahkanlah segalanya,, kerana segalanya tidak akan terjadi tanpa izin-Mu..

::Saat Hamba Kecewa. ALLAH Beri ku Bahagia:: ^ ^

Friday, March 9, 2012

CEMBURU!


Kita mulakan dengan bismillah.. ^ ^

Cemburu. Ya itu topiknya. Ana cemburu sangat dengan mereka yang PENDIAM. Mereka yang lebih banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Masa di Maahad dulu, ade seorang sahabat ana yang memang pendiam. Bila kami sibuk bercerita..(hehe) dia hanya tersenyum je. Cuma kadang-kadang sahaja dia berkongsi cerita.

Dan sebenarnya, jauh di sudut hati ini, cemburu dengan dia. Nak sangat tiru SIFAT dia, sebab ana dah lama jatuh hati dengan sifat itu. Begitulah.. orang baik, mestilah kita jatuh cinta dengan sifat mahmudah dia kan ^ ^



Terdapat juga hadis Rasulullah yang memberi peringatan kepada mereka yang banyak ngomongnya..

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, nescaya neraka adalah tempat utama baginya"

Lihatlah, betapa tegasnya Rasulullah ketika memberi peringatan kepada ummatnya yang mudah lupa ini..


Lagipun, banyak kelebihan yang kita boleh dapat seandainya kita suka berdiam diri..
Antaranya ialah..

::Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
::Perhiasan tanpa berhias

::Kehebatan tanpa kerajaan

::Kekayaan tanpa meminta maaf dari orang

::Istirehat bagi dua malaikat pencatat amal

::Menutup segala aib


Marilah sama-sama kita koreksi diri kerana segala yang diciptakan oleh Pencipta kita bukanlah suatu yang sia-sia. Berhati-hatilah menggunakan lidah yang diberi.. Kerana setiap perkataan akan di hitung..

~Menasihati orang tidak bersalah. yang salahnya kita memikirkan dan mengingati kesalahan orang lain..

Baiklah sampai sini sahaja bicara ana dan Segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari apa yang diciptakan-Nya atas kelemahan diri ana sendiri..


::KE ARAH MEREALISASIKAN SIFAT PENDIAM::



Nelayan mukmin dan nelayan kafir

Pada zaman dahulu, ada 2 orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari, kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersekat pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak dapat sebarang ikan manakala si kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin tetap bersabar serta redha dengan apa yang ALLAH takdirkan. Si kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.



Malaikat yang melihat nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada ALLAH. ALLAH memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan oleh-Nya untuk nelayan mukmin itu iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi ALLAH, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga ALLAH.

Setelah itu, ALLAH memperlihatkan tempat yang disediakan yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya neraka jahanam.

:::::::: MORAL DAN IKTIBAR ::::::::

: Kediaman mukmin di syurga, kediaman kafir di neraka.

:Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.

:Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.

:Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan ALLAH, yang menjadi penentu adalah keimanan pada-Nya.

:Kesusahan di dunia tidak bermakna ALLAH tidak menyukai seseorang.

:Begitu jugalah dengan kemewahan yang ALLAH berikan kepada seseorang tidak semestinya ALLAH meredhainya.

:Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.

:Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan segala isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan ALLAH..


~ JOM KOREKSI DIRI KITA~ ^ ^

Thursday, March 8, 2012

Ku biar kalam berbicara~

APA yang tiada di syurga, namun Adam rindukan Hawa. Lalu ALLAH ciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam. Saling melengkapi antara satu sama lain. Diciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam bukan dikepalanya untuk dijunjung, bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi disisinya untuk dijadikan teman, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi..


ADAM..
Mungkin kamu tidak menyedari atau mungkin kamu terlupa, kamu ada tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan ummah, seringkali kamu mendamba kesempurnaan, menolak kekurangan insan bernama Hawa. Mana mungkin tulang rusuk yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus, maka dibahu kamu semua jualah letaknya tugas untuk membetulkan tulang rusuk yang bengkok itu.

ADAM..
Pernahkah kamu terfikir betapa di bahu lembut si Hawa, bisa melenakan bayi yang tertidur. Di situlah jua tergalas beban yang pastinya tidak dapat Hawa tunaikan tanpa panduan dan bimbinganmu.. Dan pernahkah kamu terfikir betapa hebatnya air mata yang diciptakan ALLAH untuk Hawa, sebagai wasilah Hawa melampiaskan duka.. Dan adakah kamu pernah terfikir jerih payah ibu kamu membesarkan dan mendidik kamu, dari manakah semua kekuatan itu si Hawa dapat?

ADAM..
Bukan niatku memanjangkan bicara, jauh sekali meluahkan rasa, cuma aku ingin kamu mengerti, bahawa kita semua punyai tanggungjawab yang amat besar. Percayalah dan sememangnya aku kan terus percaya... Di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada wanita yang mendorongnya..
tidak kira ibumu..atau permaisuri hatimu..

Aku bersyukur kerana aku lahir sebagai wanita. Bilamana ISLAM mengangkat martabat wanita, betapa aku rasa Maha Pemurahnya ALLAH Yang Maha Besar hinggakan syurga anak berada di bawah kedua tapak kaki ibu.. Betapa besarnya penghormatan itu. Tak layak rasanya untuk Hawa menerima pengiktirafan ini..

ADAM..
Ku harap kau mengerti, aku bukanlah sesiapa. Bukan ku mencari teman sehebat Sulaiman, kerana aku jua bukan sehebat Balqis. Bukan jua aku mengharap teman setampan Yusuf, kerana aku bukanlah Zulaikha. Bukan jua aku pinta teman seteguh Ibrahim kerana aku tahu aku tidak sekuat Hajar dan Sarah.. Cuma izinkanlah aku mengutip sisa-sisa kehebatan Khadijah, Rafiq terakrab Rasul, jua secebis sabar Fatimah pendamping Ali, dan sekelumit bijaksana Aisyah, Humairah kesayangan Rasullullah... (T___T)

Tuesday, March 6, 2012

Pergilah kesedihan....


Ketika kita mengeluh: "Ah! Tak mungkin kot.."
ALLAH menjawab: "Jika aku mengkehendaki, cukup Ku berkata "Jadi", maka jadilah" (QS 36:82)


Ketika kita mengeluh: "eee..aku penat sangat.."
ALLAH menjawab: "....dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat.." (QS 78:9)

Ketika kita mengeluh: "Beratnya dugaan ini, tak sanggup aku.."
ALLAH menjawab: "Aku tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan" (QS 2:286)

Ketika kita mengeluh: "Serabutnya...!!"
ALLAH menjawab: "Hanya dengan mengingatiKu, hati akan menjadi tenang.." (QS 13:28)

Ketika kita mengeluh : "apa yang aku buat ni, semua sia-sia..!"
ALLAH menjawab: "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya.." (QS 99:7)

Ketika kita mengeluh: " Tak ada sape pun nak tolong aku..."
ALLAH menjawab: "Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan untukmu" (QS 40:60)

Ketika kita mengeluh: "Aku sedih sanggatttt....."
ALLAH menjawab: "LA TAHZAN, Innallaha Ma'ana. Janganlah kau berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita.." (QS 9:40)

******************************************

WHEN YOU ALL ALONE IN THIS WORLD
AND THERE'S NOBODY TO COUNT YOUR TEARS
JUST REMEMBER, NO MATTER WHERE YOU ARE
ALLAH KNOWS, ALLAH KNOWS..
(T___T)

Sunday, March 4, 2012

BILA RINDU..Jagalah hati !



Ya Allah.. Jika aku rindu, jagalah rinduku ini
Agar tidak melebihi rinduku pada syurga-Mu..



Bila rindu, bagaimana menguruskannya?

Teringat lirik lagu RINDU dari kumpulan HIJJAZ..

"Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaianRindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan....."

Dan sekarang saya di landa rindu...
Orang kata bila rindu, tutup mata, sebut nama dia dan doakan dia..
Tapi, saya lebih tertarik dengan kata-kata
Fatimah Syarha~

"Fitrah rindu itu elok diuruskan oleh ZIKRULLAH..."

Ya, kita perlu banyakkan berzikir, agar tidak terlalu rindu..
Kerana..kita perlu MENJAGA HATI KITA.. ^ ^

:: JAGALAH ALLAH DIHATIMU ::
:: MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU SELALU ::

Jagalah hati


Bila rindu, bagaimana menguruskannya?

hm.. teringat lirik lagu RINDU dari kumpulan nasyid HIJJAZ..

"Rindu itu adalah
anugerah dari ALLAH
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan...."

Dan saya sekarang dilanda rindu..
Orang kata bila rindu, tutup mata, sebut nama dia dan doakan dia..
Tapi, saya lebih tertarik dengan kata-kata
Fatimah syarha~

"Fitrah rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah.."

Ya, perlu banyakkan zikir, agar tidak terlalu rindu ..
Kita perlu menjaga hati kita..








RAHSIA SUJUD..


Kita mulakan dengan bismillah..

RAHSIA SUJUD: Perkembangan Otak

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.

Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa,
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam"

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian sraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap incin otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.


Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "PERUBATAN MELALUI AL-QURAN". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah BERPUASA, MADU LEBAH, BIJI HITAM (black seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Juteru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangannya secara normal"

:: Artikel iluvIslam.com :: ^ ^

Indahnya memaafkan,,


Bismillahirrahmanirrahim...


"Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya" ( HR Muslim)

Nabi bersabda,"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya" (HR Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda," Tidaklah seseorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia" (HR Muslim)

Allah berfirman,"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya diwaktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan" (Ali Imran :133-134)



Nabi pernah bersabda,"Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyekutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya : Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua- dua (orang yang bersengketa ini) sehingga mereka berdua berdamai"- (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesunggunya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" -(at-Taghobun:14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahn orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" -(al-Nur :22)

Bicara hati ini..


Diamku tidak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tetapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Dibumi yang terbentang luas ini
Kerana sayangku padamu

Maka aku cuba dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak kan ku biar kau sesat mencari jalan kebenaran
Aku akan! Itu janjiku!

Tetapi hari itu, hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Dan hampir saja aku memungkiri janjiku

Namun, aku sedar
Andai ku biar janjiku terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti Pemilik Cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Mengapa aku biarkan kau dalam kesedihan?

Aku tak mahu berjumpa dengan Pemilik Cahaya itu keseorangan
Tak Mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba dan terus berusaha!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka
Aku akan terus berusaha..

Kerana aku sayangkan kamu sahabatku..
Kerana Tuhanku!
(T_T)

Saturday, March 3, 2012

KHITBAH! (Nikah gantung) Tiket untuk couple!

Mulakan dengan bismillah..

Dalam adat Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu ialah NIKAH GANTUNG (nikah khitbah) adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya BERTUNANG.

Namun ada juga yang menyamakan KHITBAH DALAM ISLAM sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" antara lelaki dan perempuan.

Ada yang memberi alasan untuk bercouple dulu atau bertunang dulu untuk mengenali antara satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam.

Apabila persoalan NIKAH diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. "Saya belum bekerja!", Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit untuk belanja kahwin!", "Ini bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa!", "Mak dan Ayah tak bagi!" dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yg haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah saja... " KAMU WAJIB BERKHITBAH!"


KHITBAH ..

Secara literalnya, ia membawa maksud "bertunang". Bertunang menurut adat melayu adalah perjanjian di antara duan insan untuk berkahwin melalui proses litual tertentu.

Ada pasangan bertunang, berpelesiran, berpegang tangan dan juga mamadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Akad Khitbah dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehingga lah selesai majlis perkahwinan dijalankan.

Pada dasarnya, mereka berdua merupakan suami isteri dan halal melakukan apa sahaja. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberi nama "NIKAH GANTUNG".

Jika ditukarkan nama "nikah gantung" kepada "NIKAH KHITBAH" tentu konotasi kepada kontrak tersebut tidaklah 'mengerikan'. Bunyinya pun agak Islamik.

NIKAH yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. BUNYINYA AGAK MUDAH, NAMUN REALITINYA tidak demikian.

Sudah pasti ibu bapa tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman dahulu.

Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.

Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan2 hiburan dan bahan2 literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti JAHILIAH MODEN yang menggila ini.

Ibu bapa moden merupakan peranan penting untuk membantu anak-anak mereka memelihara maruah diri dan agama Islam .

*******************************************************
Di petik dari ulasan : Ustaz Hashim al-Maranji

#Akan datang, saya mahu menjadi ibu bapa yg menjadikan nikah khitbah dipraktikan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin..insyaAllah.. ( Jika perlu) ^ ^

Thursday, March 1, 2012

LA TAHZAN !!


Zikir sebagai penenang hati. Zikir sebagai penghapus dosa. Benda mudah tapi majoriti tak suka buat atau malas nak buat. (Termasuk diri ini..hmmm)

tetapi ketahuilah..

"Barangsiapa yang mengucapkan 'Subhanallah Wabihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari, maka kesalahannya akan dihapuskan walau sebanyak buih di lautan." (HR Bukhari & Muslim)

Subhanallah Wabihamdihi : Maha suci ALLAH dan segala pujian kepada-Nya..

rusydee artz.. ^ ^


Innalillahiwainnailahirojiu'n : Aku diuji lagi Ya Allah.

SubhaALLAH : UJIAN apa yang KAU berikan ini.

MasyaALLAH : Mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi.

Astaghfirullahaa'zim : Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU.

AllahuAkbar : Kuatkan hati nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU.

Alhamdullillah : Ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU....

(^_______^)