Thursday, June 9, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Andainya mereka tahu..


Andainya manusia tahu, untuk apa dirinya diciptakan
Pasti saban waktu, dia akan sujud berteleku
tafakur pada khaliqNya..

Kiranya seorang perempuan tahu, untuk siapa hatinya dikhaskan
Kepada siapa yang lebih berhak
Tentu dia akan menghadiahinya
Bak intan terpilih secantik ukirannya..

Tak tersentuh dek sebarang makhluk
Tak terjamah walau sekelumit
Khusus untuk dia
Yang telah dipertemukan untuk kali pertama..

Pasti ia akan dinobatkan
Oleh seluruh isi alam
Bagai bidadari suci yang setia
Menanti seorang kekasih
Dan itulah selayaknya....

mulut ini tercipta untuk.....


Assalamualaikum,,
Kat sini, ana nak habaq sikitlah pasal mulut..
ha, kenapa dengan mulut pulak nie..? hehe

Kawan2 yang ana kasihi sekalian, sebenarnya mulut ini tercipta hanya untuk
berbiacara tentang 3 perkara sahaja.. iaitu
1-berzikir @ ibadah
2-menyuruh melakukan kebaikan
3-mencegah kemungkaran

Lebih kurang nahi mungkar lah,,
Tapi kita dekat dunia ni asyiklah berbicara tentang perkara yang sia2 shj..
termasuklah diri ana yang lemah dan penuh hina ini..
Sedangkan banyak bercakap banyaklah dosanya..MasyaAllah...
Kalau diam,dapatlah kita pahala tanpa melakukan
pekerjaan yang memenatkan..Subhanallah,.

Tetapi perempuan ini,,hm,,dah tak boleh nak tapi2 lagi..
Kita kena berubah, biar ramai orang kata perempuan ini banyak bercakap
kita buktikan kita ni pendiam sebenarnya,,

Tetapi kalau nak banyak becakap pun semestinya ketika memberi nasihat,
berdakwah atau menyuruh kebaikan..
=)

HIPOKRIT ??

Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm,, apa sebenarnya dengan hipokrit ni?
mereka2 nie agak-agak faham tak hipokrit tu macam mana?

situasi 1 =
Bila nampak orang yang dulunya tak pakai tudung,
tapi lepas tu pakai tudung dan menutup aurat
mulalah bisik-bisik halus "ala,.,,hipokrit je tu.."

situasi 2=
"Aku memang macam nilah..inilah diri aku..
buat apa nak hipokrit jadi budak baik..nk pergi surau?
huh! hipokrit je semua tu"

Kawan-kawan, itukah hipokrit??

Ana ada baca sebuah buku yg menyatakan bahawa
memang fitrah manusia ini melakukan kebaikan,
memang fitrah manusia ini adalah baik..

So maksudnya bila seseorang manusia itu melakukan kejahatan
maknanya dialah hipokrit..krn memang fitrah dia adalah baik,,
hah, macam mana tue? faham tak?

konklusinya, orang yang buat jahat itulah yang sebenarnya hipokrit pada dirinya sendiri..
wallahu'alam..

Segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari apa yang diciptakanNya atas kelemahan diri ana sendiri...~