Saturday, September 3, 2011

ku akui...

Ana sedar, ana tidak sehebat dia dan dia..
Ana tidak sepandai dia dan dia...
Ana tidak sematang dia dan dia..
Ana tidak secekap dia dan dia..
Tapi...tolonglah...
Janganlah rendahkan ana depan orang..Ana sedih..Ana malu..
Ana insan biasA..
Nanti ana tak da keyakinan berjumpa dengan orang ramai..
Tolonglah, mereka2 nie kenapa tidak pernah faham,,
Hari ini ana nak balik hostel, situasi yang telah ana lalui ni,
buatkan ana rasa tak sabar nak balik hostel,
Walaupun hanya balik ke rumah sebulan sekali...
Tetapi biarlah...
Dari hati ini dilukai, dihiris, disiat,,,
Cukuplah...

Thursday, June 9, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Andainya mereka tahu..


Andainya manusia tahu, untuk apa dirinya diciptakan
Pasti saban waktu, dia akan sujud berteleku
tafakur pada khaliqNya..

Kiranya seorang perempuan tahu, untuk siapa hatinya dikhaskan
Kepada siapa yang lebih berhak
Tentu dia akan menghadiahinya
Bak intan terpilih secantik ukirannya..

Tak tersentuh dek sebarang makhluk
Tak terjamah walau sekelumit
Khusus untuk dia
Yang telah dipertemukan untuk kali pertama..

Pasti ia akan dinobatkan
Oleh seluruh isi alam
Bagai bidadari suci yang setia
Menanti seorang kekasih
Dan itulah selayaknya....

mulut ini tercipta untuk.....


Assalamualaikum,,
Kat sini, ana nak habaq sikitlah pasal mulut..
ha, kenapa dengan mulut pulak nie..? hehe

Kawan2 yang ana kasihi sekalian, sebenarnya mulut ini tercipta hanya untuk
berbiacara tentang 3 perkara sahaja.. iaitu
1-berzikir @ ibadah
2-menyuruh melakukan kebaikan
3-mencegah kemungkaran

Lebih kurang nahi mungkar lah,,
Tapi kita dekat dunia ni asyiklah berbicara tentang perkara yang sia2 shj..
termasuklah diri ana yang lemah dan penuh hina ini..
Sedangkan banyak bercakap banyaklah dosanya..MasyaAllah...
Kalau diam,dapatlah kita pahala tanpa melakukan
pekerjaan yang memenatkan..Subhanallah,.

Tetapi perempuan ini,,hm,,dah tak boleh nak tapi2 lagi..
Kita kena berubah, biar ramai orang kata perempuan ini banyak bercakap
kita buktikan kita ni pendiam sebenarnya,,

Tetapi kalau nak banyak becakap pun semestinya ketika memberi nasihat,
berdakwah atau menyuruh kebaikan..
=)

HIPOKRIT ??

Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm,, apa sebenarnya dengan hipokrit ni?
mereka2 nie agak-agak faham tak hipokrit tu macam mana?

situasi 1 =
Bila nampak orang yang dulunya tak pakai tudung,
tapi lepas tu pakai tudung dan menutup aurat
mulalah bisik-bisik halus "ala,.,,hipokrit je tu.."

situasi 2=
"Aku memang macam nilah..inilah diri aku..
buat apa nak hipokrit jadi budak baik..nk pergi surau?
huh! hipokrit je semua tu"

Kawan-kawan, itukah hipokrit??

Ana ada baca sebuah buku yg menyatakan bahawa
memang fitrah manusia ini melakukan kebaikan,
memang fitrah manusia ini adalah baik..

So maksudnya bila seseorang manusia itu melakukan kejahatan
maknanya dialah hipokrit..krn memang fitrah dia adalah baik,,
hah, macam mana tue? faham tak?

konklusinya, orang yang buat jahat itulah yang sebenarnya hipokrit pada dirinya sendiri..
wallahu'alam..

Segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari apa yang diciptakanNya atas kelemahan diri ana sendiri...~

Friday, February 25, 2011

cintakah kita??


Bismillahirrahmanirahim..
apa khabar sahabat?harap semuanya sht2 je ya..

em..hari ni ana nk tanya 1 soalan boleh?
Cintakah kamu kepada Allah??

Antum semua pernah tak minat dekat seseorg..atau suka
dekat seseorang tue..??pernahkn..
Kadang2 bila kite terjumpa dia mesti hati kita berdebar2..
kan3..he..lagi2 bila dia bercakap ngn kita hehe..yelah..dia tak tau kita nie
dekat suka dia.. :)

tetapi..saya nak tanya..
pernah tak hati antum berdebar bila
antum mendengar org menyebut nama ALLAH?.. pernah tak..?
atau pernah tak hati antum berdebar bila azan dilaungkan?
hm..pernah tak??

Bila ana terfikir perkara ni..
ana sedih sangat2...ana dalami hati ana.. Cintakah aku??
Subhanallah..kenapa ya kita selalu menyukai seseorang..
walhal dia tak pernah bagi kita apa2 pun..wlaupun sebutir garam?
kenapa ya?

Tetapi, Allah setiap hari dan setiap waktu bagi kita
bermacam nikmat..dan tak cukup dgn itu, kita selalu mohon kpd ALLAH..
meminta Apa sahaja.. Allah sentiasa bagi..
Allah sentiasa mencintai hamba2nya..
Tapi kita...cintakah kita?

antum semua..
ketahuilah..Allah tidak pernah merasa rugi tanpa cinta kita..
tetapi kita yg akn berasa rugi dan miskin selamanya..
jika kita tidak mencintai Allah..
dan begitu juga sebaliknya..

Ana ada terbaca sebuah buku..
Seorang sahabat mengatakan...
"jika engkau ditanya oleh seseorang..
'Cintakah engkau kepada Allah?', diamkanlah dirimu..
kerana jika engkau mengatakan 'aku tidak mencintaiNya..
maka kau adalah kafir.. dan jika engkau mengatakan.. 'aku mencintaiNya'
tetapi segala perbuatanmu bertentangan dengan bicaramu..
maka..berdiam diri adalah yang terbaik,,,
dan brmuhasabahlah...

Cintakah aku???

Saturday, February 5, 2011

bila Allah menduga kita....



jangan bersedih..jangan takut
sesungguhnya Allah bersama-sama kita..
jangan pernah kita berputus asa dengan rahmat Allah
kerana.. hanya orang kafir sahaja yg berputus asa dari rahmat
Allah..


Mengadulah kepada Allah..
serahkan segalanya pada Allah..mohonlah supaya dimantapkan iman..
dikuatkn hati ketika ditimpa ujian..
dan..ingatlah..
segala yang berlaku..ada hikmah disebaliknya..

Friday, February 4, 2011

hati seOrang ibu~


bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..da msuk bulan 2 da..sekejap je mase kan?
taun nie..walaupun baru awal bulan, da mcm2 kita lalui kn? hm termasukla kita..

ketika semua saudara mara sdg seronok brmain air di Lost World, Perak..
kita dengan ibu kita berbicara tentang diri, hidup, dan masa hadapan...
Tiba2 mak kita cakap..

"Mira, kalau awak berjaya, segala penat lelah mak
akan hilang macam tu je.. Mak sentiasa doakn awak berjaya dunia akhirat..
Siapa kata awak tak mampu berjaya macam kakak..awak mampu..tapi usaha kena lebih,,
awak tak boleh putus asa..awak kena bnyak bersabar..
bila awak nk capai sesuatu yang manis..
awak kena telan dulu pahitnya,,

Kelopak mata kita mula rasa panas..
mutiara jernih yg cuba ditahan mengalir jua,,
ya..betul kata mak.kita selalu kata, kita tidak sehebat
kakak ,kita tak mampu tandinginya ..kita tidak sepandai dia,,

kitaa pandang wajah mak..
Hanya Allah yang tahu.. betapa hati ini menjerit2..
kitaa tak nak susahkan hati mak lagi..kita akan usaha sehabis mungkin,,
dan segala kejayaan yg akan kita capai hanyalah untuk mak dan abah..
itu azam dan cita2 kita

"Anak-anak mak semua dah besar..
masing-masing da boleh kawin,,hm.. mak rindu semua anak2 mak..
nanti bila awak da besar..da ade anak..awak akan rasa jugak apa yg mak
rasa sekarang nie.."

Ya Allah..sedihnya hatiku
 membalas bicara ibu ku smbil tangan
menahan mutiara jernih ini dari terus mngalir...
diri ini akan sentiasa berusaha untuk terus mnjadi anak yang terbaik
untuk mak abah..
itu janji ku

Dan kami terus menyelami
hati seorang ibu dan anak ditengah2 jeritan keseronokan
orang ramai bermain air......

p/s:  i will make u proud :')