Thursday, April 11, 2013

Cerita hati.

Bismillah..
Terasa seperti ingin berkongsi rasa di blog kesayangan.Bukan meluahkan perasaan, cuma berkongsi rasa. Iya, rasa hati. Hidup sebagai seorang hamba, memang layak di uji tetapi adakalanya hati kecil ini mempersoalkan. Kenapa ana? Kenapa bukan dia? Bukan mereka? Yang perlu merasai perit,luka dan sakit di hati. Tetapi ketika itu juga, iman menegur penuh kasih. Bukankah tarafmu hanya sekadar hamba. Bukankah ramai lagi mereka2 di luar sana yg sedang menanggung ujian yg mungkin engkau juga tidak mampu melaluinya. Ada lagi insan yg lebih sakit menangung derita berbanding engkau. Tidak sedarkah engkau, semakin syg Allah kpd hambanya semakin bnyaklah ujian yg akan diberikanNya.
Sentap!
Ah! Hati mengeluh lagi. Kenapa ana pentingkan diri. Kenapa ana tidak bersangka baik kpd mereka. Apatah lagi kpd Tuhan yg menciptakan ana..
Air mata mengalir lagi. Malah makin deras..


Sunday, April 7, 2013

air mata ustzahku...


Qani'ah Syumaila mendesak Ustazah Huda menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia sukar percaya bagaimana suami sepenyayang ustaz boleh berubah hati. Dia mahu mengambil iktibar daripada penangan kehidupan. Ustazah Huda tidak menghampakannya kali ini.


Qani’ah Syumaila,
Dia meminta ustazah menjadi Sarah,
Mencarikan Hajar untuk suaminya.
Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,
Tidak berusaha mencari yang kedua,
Meskipun isterinya mandul sekian lama,
Kerana…
Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,
Kondisi Sarah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,
Rela dimadukan suami,
Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,
Tidak rela memadukan Khadijah,
Walau dengan mengambil hamba,
Kerana…
Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,
Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,
Tidak membantah dan tidak menegah,
Agar senang masuk ke jannah,
Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,
Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,
 Sama ada menduakan atau menceraikan,
Kerana…
 Suami bukan Tuhan,
 Fatimah lebih rela kehilangan,
daripada dirasuk kecemburuan,
Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,
Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,
Kondisi ustazah sama sepertinya.




Qani’ah,
Dia meminta ustazah positif dengan poligami,
Ustazah memintanya positif dengan perceraian,
Kerana…
Dalam suasana poligami,
Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum Ilahi,
Sebagai seorang isteri mithali,
Perceraian itu lebih mengubatkan hati,
Meskipun ia amat berat sekali,
Mujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani’ah,
Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,
Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,
Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?
Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?
Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,
Daripada keadaan yang buruk dan susah,
Kepada keadaan yang baik dan mudah,
Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,
Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.

Dengan cinta  Pencipta, nyahlah segala duka. 
Yang ada cuma bahagia.

Saturday, April 6, 2013

saat paling bahagia buat suami

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?"
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di syurga.."
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)





Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)



::Ya Allah, jadikan lah hmba anak yg taat, isteri yg solehah, ibu yg mithali dan wanita yg dirahmati. Jadikanlah hamba bidadari dunia untuk sang suami. Penenang jiwanya, penyejuk hati, peneman setia, dan ibu yang penyayang untuk anak2 nya. Moga hambalah penemannya di syurga nanti. :')