Tuesday, February 21, 2012

nota hati....


Malam ni cantikkan?
Tapi kenapa kita puji malam?
Sedangkan Penciptanya, jauh lebih cantik.. itulah Allah!

Tapi itu bukan topik ana malam ini..
Topik ana adalah masalah hati.. masalah yang tidak seberapa ini..
Malunya dgn Allah, malunya dengan antum..
Betapa ana pentingkan diri, asyik menyelesaikan masalah hati, sedangkan masalah umat tidak ana peduli, banyak sungguh khilaf diri ini..malunya ana..
Apalah tanggapan Allah pada ana =(

Bukannya ana tidak cemburu..
pada kawan2 yang sibuk beristiqamah dalam melakukan kebaikan..
Ana cemburu sangat..
Dan ana kagum dengan mereka yang
sibuk dgn perbincangan hebat tentang Syria, Palestin, Syi'ah, ikhwanul muslim dan sewaktu dengannya.
Ana pula masih disini. Masih mencari indentiti diri..=(

Tahukah kamu sahabat,
nafsu adalah musuh yang sangat payah diperangi
berbanding kamu berperang dengan musuh yg nyata dihadapanmu.

Marilah sahabat ..kita tundukkan nafsu ini..biar dia bekerja pada kita, bukan kita yang menjadi hambanya..

Jika nafsu dapat dikawal..Dunia juga mampu kita kuasai.. Bi'iznillah.