Tuesday, January 10, 2012

jujurlah anakku, kerana syurga itu ada



Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Walau begitu sukar untuk mendapatkannya tetapi jangan sesekali kau korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan. Biar kalah, jangan salah. Percayalah, kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah !

Paling teruji apabila kau lihat orang lain yang mengikut lorong salah..lalu dia cepat sampai, sedangkan kau di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa yang benar pasti teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir2 kita melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.

Namun anakku, percayalah akhirat itu ada. Ada lagi ketawa di sana. Dan percayalah " One who laugh last, laugh the best"- ketawa paling akhir ( di syurga) adalah ketawa yang paling baik. Beringat-ingatlah, sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis....

~Pahrol Ahmad Juoi~