Mulakan dengan bismillah..
Dalam adat Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu ialah NIKAH GANTUNG (nikah khitbah) adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya BERTUNANG.
Namun ada juga yang menyamakan KHITBAH DALAM ISLAM sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" antara lelaki dan perempuan.
Ada yang memberi alasan untuk bercouple dulu atau bertunang dulu untuk mengenali antara satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam.
Apabila persoalan NIKAH diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. "Saya belum bekerja!", Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit untuk belanja kahwin!", "Ini bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa!", "Mak dan Ayah tak bagi!" dan 1001 alasan lagi.
Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yg haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah saja... " KAMU WAJIB BERKHITBAH!"
KHITBAH ..
Secara literalnya, ia membawa maksud "bertunang". Bertunang menurut adat melayu adalah perjanjian di antara duan insan untuk berkahwin melalui proses litual tertentu.
Ada pasangan bertunang, berpelesiran, berpegang tangan dan juga mamadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Akad Khitbah dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehingga lah selesai majlis perkahwinan dijalankan.
Pada dasarnya, mereka berdua merupakan suami isteri dan halal melakukan apa sahaja. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberi nama "NIKAH GANTUNG".
Jika ditukarkan nama "nikah gantung" kepada "NIKAH KHITBAH" tentu konotasi kepada kontrak tersebut tidaklah 'mengerikan'. Bunyinya pun agak Islamik.
NIKAH yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. BUNYINYA AGAK MUDAH, NAMUN REALITINYA tidak demikian.
Sudah pasti ibu bapa tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai pengguguran cukup merisaukan banyak pihak.
Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan2 hiburan dan bahan2 literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti JAHILIAH MODEN yang menggila ini.
Ibu bapa moden merupakan peranan penting untuk membantu anak-anak mereka memelihara maruah diri dan agama Islam .
*******************************************************
Di petik dari ulasan : Ustaz Hashim al-Maranji
#Akan datang, saya mahu menjadi ibu bapa yg menjadikan nikah khitbah dipraktikan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin..insyaAllah.. ( Jika perlu) ^ ^
