Thursday, March 8, 2012

Ku biar kalam berbicara~

APA yang tiada di syurga, namun Adam rindukan Hawa. Lalu ALLAH ciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam. Saling melengkapi antara satu sama lain. Diciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam bukan dikepalanya untuk dijunjung, bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi disisinya untuk dijadikan teman, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi..


ADAM..
Mungkin kamu tidak menyedari atau mungkin kamu terlupa, kamu ada tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan ummah, seringkali kamu mendamba kesempurnaan, menolak kekurangan insan bernama Hawa. Mana mungkin tulang rusuk yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus, maka dibahu kamu semua jualah letaknya tugas untuk membetulkan tulang rusuk yang bengkok itu.

ADAM..
Pernahkah kamu terfikir betapa di bahu lembut si Hawa, bisa melenakan bayi yang tertidur. Di situlah jua tergalas beban yang pastinya tidak dapat Hawa tunaikan tanpa panduan dan bimbinganmu.. Dan pernahkah kamu terfikir betapa hebatnya air mata yang diciptakan ALLAH untuk Hawa, sebagai wasilah Hawa melampiaskan duka.. Dan adakah kamu pernah terfikir jerih payah ibu kamu membesarkan dan mendidik kamu, dari manakah semua kekuatan itu si Hawa dapat?

ADAM..
Bukan niatku memanjangkan bicara, jauh sekali meluahkan rasa, cuma aku ingin kamu mengerti, bahawa kita semua punyai tanggungjawab yang amat besar. Percayalah dan sememangnya aku kan terus percaya... Di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada wanita yang mendorongnya..
tidak kira ibumu..atau permaisuri hatimu..

Aku bersyukur kerana aku lahir sebagai wanita. Bilamana ISLAM mengangkat martabat wanita, betapa aku rasa Maha Pemurahnya ALLAH Yang Maha Besar hinggakan syurga anak berada di bawah kedua tapak kaki ibu.. Betapa besarnya penghormatan itu. Tak layak rasanya untuk Hawa menerima pengiktirafan ini..

ADAM..
Ku harap kau mengerti, aku bukanlah sesiapa. Bukan ku mencari teman sehebat Sulaiman, kerana aku jua bukan sehebat Balqis. Bukan jua aku mengharap teman setampan Yusuf, kerana aku bukanlah Zulaikha. Bukan jua aku pinta teman seteguh Ibrahim kerana aku tahu aku tidak sekuat Hajar dan Sarah.. Cuma izinkanlah aku mengutip sisa-sisa kehebatan Khadijah, Rafiq terakrab Rasul, jua secebis sabar Fatimah pendamping Ali, dan sekelumit bijaksana Aisyah, Humairah kesayangan Rasullullah... (T___T)