Sunday, March 4, 2012

Bicara hati ini..


Diamku tidak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tetapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Dibumi yang terbentang luas ini
Kerana sayangku padamu

Maka aku cuba dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak kan ku biar kau sesat mencari jalan kebenaran
Aku akan! Itu janjiku!

Tetapi hari itu, hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Dan hampir saja aku memungkiri janjiku

Namun, aku sedar
Andai ku biar janjiku terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti Pemilik Cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Mengapa aku biarkan kau dalam kesedihan?

Aku tak mahu berjumpa dengan Pemilik Cahaya itu keseorangan
Tak Mahu..!

Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba dan terus berusaha!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka
Aku akan terus berusaha..

Kerana aku sayangkan kamu sahabatku..
Kerana Tuhanku!
(T_T)