Tuesday, February 21, 2012

Bait al muslim


Mulakan hari dengan bismillah (^__^)

Hari ni, ana nak habaq sikitlah tentang jodoh..
Sebab semalam, ana tertarik sangat dengan statement seorang sahabat ana..

"Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana tidak akan tertarik dengan wanita hanya kerana kecantikannya"

Hm..betul apa yang dibicarakannya.
Buat apa kita perlu risau? Kekalkan sahaja akhlak mulia, tak perlu tebalkan make up di muka. Allah dah tetapkan dah siapa jodoh kita, bila tarikh mati kita, rezeki kita dan ujian untuk kita dari alam rahim lagi. Segalanya telah ditentukan.Kita sebagai hamba ini, hanya perlu usaha, doa, redho dan tawakal shaja kepada Allah..




Masa di sekolah dulu,
Ada seorang ustaz yang amat ana kagumi pada agama dan ilmunya.
Ustaz itu pernah berkata kepada kami
" Senang saja kalau awak nak pilih calon suami, 2 syarat PALING minimum awak kena bagi kat dia. Pertama, TAK HISAP ROKOK. Kedua SOLAT DIMANA AZAN DILAUNGKAN!."

Kami tersentak,
Masing2 berbisik sesama sendiri..Kalau syarat yang pertama itu mungkin ramai,
tapi syarat yang kedua tu..hm..masih ada lagi ke?Lepastu, Ustaz cakap lagi
"INGAT! itu baru syarat yang paling minimum..belum lagi maksimum!"

Solat dimana azan dilaungkan,
bermaksud, lelaki itu solat di masjid, surau dalam setiap waktu.
hmmm

********
Tetapi,
untuk diri ana yang serba kekurangan ini. Mungkin sang suami nanti tidak mampu atau tidak berani menjadi IMAM untuk khalayak makmum yang ramai di luar sana,
Tetapi cukuplah sekadar dia mampu menjadi IMAM di rumah sendiri.IMAM kepada isterinya, IMAM kepada anak-anaknya..Walaupun diluar sana, dia mungkin hanya seorang makmum...
^^