Friday, February 3, 2012

Minggu Ibadah !


Bismillahirrahmanirrahim..


Siapalah yang tidak letih membuat dosa?
Menanggung hati yang resah, gelisah dan tidak tenteram...

Kalam Imam Ghazali ~Sesungguhnya resah itu adalah Dosa(T_T)

Walaupun payah untuk istiqamah, ana cuba
juga bertegas pada diri ana.. ! Ingat wahai diri, Engkau hanya di taraf hamba!
Engkau ada Tuhan yang wajib disembah. Engkau itu insan lemah lagi hina.. Hanya pada Dia engkau mohon pertolongan.. Dan hanya mengingati Dia sahaja, hati mu akan menjadi tenang!

Oleh itu,
ana wujudkan minggu ibadah untuk diri ana,
yang sentiasa lapar dengan makanan rohani..
yang sentiasa dahaga dengan air iman dan taqwa..
hati yang kering perlu dibasahkan..
jiwa yang kotor perlu dibersihkan..
Agar nanti terhasil lah akhlak yang baik dan mulia..
hati yang suci nan ikhlas..
InsyaAllahutaala =)

" JAGALAH ALLAH DI HATIMU,
MAKA ALLAH AKAN MENJAGAMU SELALU...."