Saturday, February 25, 2012

Petua memilih kawan-Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang sahabat yang baik dan sahabat yang tidak baik :

Pertama:

Pilih kawan yang berakal.
Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua:

Pilih kawan yang berakhlak.
Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

Ketiga:

Pilih kawan yang soleh.
Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat:

Pilih kawan yang bersederhana.
Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima:

Pilih kawan yang bercakap benar.
Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa