Friday, February 10, 2012

berjanggutlah wahai lelaki ('',)


Assalamualaikum kepada yang sudi menziarahi blog ini,
Sebentar tadi, ana tertarik dengan topik yang ana baca di myIbrah..
Dan ana ingin kongsikan kepada antum semua , nak tahu? =)

Insan yang bergelar lelaki perlu mengutamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasullullah saw. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya..

Antara kata-kata ataupun hadith Rasullullah saw yang berkaitan janggut ialah :

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu"- hadis riwayat Bukhari

"Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin dan peliharalah janggut kamu"- hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka"- hadis riwayat Muslim

Hadith diatas menunjukan bahawa bukan sahaja baginda Rasullullah saw menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencuku
r janggut..