Tuesday, February 21, 2012

Betapa malunya kita apabila.....


Bayangkan apabila Rasullullah tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yang bersih di muka pintu kita. Apakah yang kita akan lakukan ?
-mungkin kita akan tertunduk malu kan?-

Patinya kita akan sangat bahagia dan ingin memeluk baginda erat2 kan? Lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta bersungguh-sungguh supaya Baginda singgah beberapa hari dirumah kita.

Baginda teentu tetap tersenyum...

Namun mungkin kita menyuruh Rasullullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan lukisan wanita seksi atau artis yang kita puja tergantung di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan tergesa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita.

Baginda tentu tetap tersenyum...

Bagaimana kalau Rasullullah setuju untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat akan anak2 kita yang lebih arif tentang lagu2 barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yang tidak mengetahui sirah Rasullullah kerana kelalaian kita mendidik mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum..

Barangkali kita lebih malu apabila anak2 kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasullullah tetapi lebih menghafal nama2 artis, penyanyi, ahli sukan dan watak2 kartun. Barangkali kita terpaksa menukar kamar untuk menjadikan ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasullullah.

Barangkali kita akan malu kepada Baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Amin.

Baginda tentu tetap tersenyum..

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan tv. Barangkali kita berasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Tidak melakukan solat sunat..dan tidak membaca al-Quran..

Bayangkan Rasullullah tiba2 muncul dihadapan rumah kita? Apa yang kita akan lakukan? Masihkah kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap di rumah kita?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjungan Rasullullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuat kan kita kalut dan rasa malu.

---------

Maafkan kami ya Rasullullah..
Masihkah Baginda tersenyum?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir....

Oh! Betapa malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasullullah saw..
****muhasabah diri****