Thursday, February 9, 2012

hukum memakai "braces"


Nabi bersabda :
"Allah melaknat wanita yang membuat tatoo dan wanita yang telah memakainya,wanita yang mencabut bulu di wajahnya dan wanita yang telah membuatnya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah ciptakan" - (sahih Muslim #3966-)

Imam Nawawi rh memberi ulasan tentang hadis di atas..

"Meluaskan jarak gigi- maknanya sesuatu yang dilakukan ke atas gigi bagi menjadikan seseorang itu kelihatan cantik dan ini menunjukan bahawa ia adlah haram, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku pada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya"

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadis diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa'at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

"Braces" atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara', bahkan ia juga diperlukan.

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : " As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing to wrong with it "

# harap maklum (^_________^)